Nuffnang ads

Tuesday, June 9, 2015

Kangen Water Air Penawar Kesihatan

air alkali
Kangen Water adalah air minuman yang sihat yang kaya dengan mineral, bersih daripada kekotoran, dan di ionkan melalui proses elektrolisis. Air kangen adalah pilihan yang sangat baik untuk proses penghidratan yang sihat. Bukan sahaja ia sedap dan menyegarkan, tetapi ia juga membantu anda mengelakkan kekotoran dari air paip dan menjimatkan wang. Jika memerlukan air yang segar, jelas, dan tulen dengan rasa yang menyenangkan dan mempunyai mineral untuk kesihatan badan anda, menggunakan mesin alkali kangen water di rumah adalah penyelesaiannya.
Kangen Water telah digunakan di hospital-hospital Jepun selama lebih 30 tahun untuk merawat pelbagai keadaan penyakit. Ia juga merupakan satu-satunya pembuat mesin air ionizer dalam industri yang menerima cop Gold Standard daripada persatuan kualiti air antarabangsa iaitu Water Quality Association (WQA). Kangen Water juga telah disahkan sebagai alat perubatan oleh Kementerian Kesihatan Jepun.

Skrin LCD dan suara panduan pada alat akan menerangkan kepada anda air yang dihasilkan (Air Kangen, Air Acid, Strong Acid, Strong Kangen dan Air Neutral) dan juga ia memberi maklumat yang diperlukan. Operasi ini sangat mudah kerana hanya perlu menekan butang sahaja untuk memilih air yang diinginkan. Mesin ini boleh menghasilkan air dengan pH yang berbeza mengikut citarasa pengguna.
Di Malaysia, kangen water ini masih lagi baru dan kurang dikenali berbanding di Indonesia. Anda boleh cuba mencari testimoni Kangen water di internet dan kebanyakkan adalah dari Indonesia.

Jenis-Jenis Air Kangen

pH 11.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai strong kangen water. Digunakan untuk membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayuran, pinggan mangkuk, minyak dan kotoran lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci kotoran degil.

pH 8.5, 9.0, 9.5 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air minuman. Digunakan untuk diminum supaya dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. Juga boleh dibuat memasak atau dibuat air seperti milo, kopi dll. Selain itu, boleh juga digunakan untuk menyiram pokok untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.

pH 7.0 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air neutral. Air ini bersig dan tiada klorin sesuai untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. Bayi sememangnya berada dalam keadaan alkali jadi tidak perlu untuk minum air alkali lagi.

pH 4.0 - pH 6.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid. Digunakan untuk kecantikan kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambutdan pembersihan haiwan.

pH 2.7 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid kuat. Mampu membunuh kuman dan bertindak seperti antiseptik. Digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal dan yang telah terkena jangkitan kuman. Air inilah yang digunakan di hospital negara Jepun untuk merawat pesakit yang mengalami luka luaran, kudis bernanah dll.



untuk luaran

pH.9.5
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh baca di SINI

Bagi yang tinggal di kawasan sekitar Ampang boleh hubungi nombor di bawah untuk beli air ni seperti dalam gambar di atas. Kalau saving ada banyak boleh beli mesin Kangen dengan harga lebih kurang RM12k dan boleh buat bisnes jual air alkali.


Air alkali seperti gambar di atas cuma RM10. Manakala set  kecantikkan/luaran (gambar) cuma RM30. 


Sila hubungi:

016-915 9957 (YATI)

0111-230 1472 (WIS)



2 Orang komen:

Sha said...

wah bagus ni..nice sharing! ^_^

LembutSiMerahJambu said...

Banyak jugak dengar pasal kangen water nie. Baru tahu dia guna proses elektrolisis. Thanks for the info.hehe

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...