Nuffnang ads

Monday, June 1, 2015

Sakit Ulser Mulut

Assalamualaikum..

Hai semua.. apa khabar sihat ke? hehehe. Rasa macam dah lama tak buat entry ye.. Harini tetibe rasa nak cerita mengenai ulser.. eii entah kenapa laa sejak dua menjak ni rajin bebenor ulser ni keluar. Baik satu, keluar lain pulak. Haish..

Punca ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit (ni biasa aku kena), terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Last week aku kena ulser dekat bibir.. bukan main besar.. sakit dia tak tau nak cerita macam mana. Sampai ke gigi atas bawah semua sakit.. haa kalau dah gigi pon ikut sakit memang nak makan pon tak boleh.. menderita gila.. dah cuba macam-macam.. minum air banyak, minum CMD.. Then tetiba terasa nak cerita kat kawan sorang ni, dia suggest berkumur dengan air garam suam-suam. Katanya ulser tu sakit sebab dia luka, bila luka mulut kita basah ada bakteria.. sebab tu rasa sakit. Jadi untuk hilangkan sakit gunalah garam.. katanya lagi dulu masa zaman Nabi pon guna garam untuk sembuh kan luka (korang boleh cari sendiri kisahnya yaa..hihihi.)

Jadi nak tak nak walaupun pedih, buat jugak la.. and tadaaaaa lepas je berkumur terus boleh makan dan sakit ulser tu hilang terus. Kalau lah aku tau guna garam je boleh baik terus takda lah aku tahan sakit berhari-hari.
Lepas ni kalau kena ulser mulut korang boleh la berkumur je dengan air garam ye.. alaa tahan sakit kejap je lepas tu dah bebas nak makan ke, nak bercakap ke, nak berkaraoke ke.. hahahha. Oh yaa untuk pengetahuan korang juga, berkumur dengan garam juga boleh sembuh kan sakit gigi ya..

Ok la selamat mencubaa J

7 Orang komen:

Norjulaida Abdul Wahab said...

Kurang zat tu ak stuju... ko kan mkn sket je, zat tak cukop... ko kne amik multivitamin r lps nie...huhuuuu...

Norjulaida Abdul Wahab said...

Kurang zat tu ak stuju... ko kan mkn sket je, zat tak cukop... ko kne amik multivitamin r lps nie...huhuuuu...

Murniwati Awang said...

Hehehe sebab tu akak suka mkn supplement VitaminC..baik juga untuk ulser mulut..hihihi

Tomodachi said...

ohh, selalu tergigit masa makan, tak tahu pulak boleh buat cara tu. terima kasih share :)

Ima said...

HAhahahahah kurang asam.

Ima said...

Bagus akak murni ni rajin dia promote vitamin2.. hehe

Ima said...

Sama mcm saya. :(

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...