Nuffnang ads

Wednesday, June 3, 2015

Tayba Speedmart - Kedai Arab

Hari ni nak cerita mengenai speedmart arab yg aku pergi di Desa Pandan. Ni kali kedua aku pergi. Dulu pergi masa tak aktif berblogger. Kahkah. Actually, ada beberapa cawangan, tapi yang biasa pergi kat desa pandan ni la.
Kedainya besar juga dan macam-macam adoo..Nama kedai ni TAYBA SPEEDMART..
Desa pandan

Disebabkan sampai ke sana masa awal bulan dapat lah grab beberapa makanan yang tak pernah di makan. Klu ikutkan hati yang dalam peti sejuk tu pon teringin nak beli. Tapi xpa satu satu dulu kan. Hihi.

So ni dia apa aku dapat...
coklat dan biskut
Figs and Walnut Filled Cookies
Chocolate Cream 
cuka kurma dan delima
Cuka Delima & Cuka Kurma 
kismis
Kismis 
Ok now nak komen cookies tu plak. Cookies tu isi dia ad perisa lain lain. Yang ni agak mahal sbb ada kacang dan buah tin. Harga RM18.90 ada 12 bungkus dalam kotak. Rasanya agak manis bagi yang ada gigi berlubang. Hahahaha. Tapi bagi aku okay la sebabnya biskut tu tawar, makan dengan isi memang sedap dan kenyang. Agak besar jugak ya.
Coklat krim tu pulak plain je rasa manis sebab dia takda campur kacang ke apa. Makan sapu dengan roti not bad juga. Yang ni harga RM5.20 sahaja.

Untuk cuka-cuka tu sebenarnya mak yang beli. Cuka tu minum dengan air,banyak khasiat tu. Cuka delima tu memang pekat,cuma 1 sudu untuk 1 mug pon dah okay. Harga dalam RM6 botol kecil. Cuka kurma pula jenis cair macam jus tapi tetap minum campur air. If terlebih masam boleh campur gula STEVIA RCC yang family saya amalkan. Hiee.

Itu sajaa.. sila lah ke kedai pak arab. Hihihi. Cream Cheese, pudding, air 3in1,kuih arab, kurma, madu, dan banyak lagi boleh geram2 tengok kat speedmart .. hiee.. 


0 Orang komen:

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...