Penyakit
hipertensi atau yang sering disebut dengan darah tinggi adalah penyakit yang
banyak dialami oleh sebagian orang terutama pada orang-orang yang sudah
berusia. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu faktor risiko utama penyebab penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu di dunia.
Dengan itu, setiap
individu haruslah mempertahankan kadar darah yang normal bagi menghindari diri daripada
diserang penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang berbahaya. Seperti
yang kita tahu, kebanyakkan penyakit yang kita hadapi adalah disebabkan oleh faktor
pemakanan yang tidak dijaga dengan betul. Setiap individu perlu mengamalkan
pemakanan yang sihat setiap hari dan mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan
tubuh.
Ciri-ciri Orang Yang Terkena Hipertensi
- Sakit kepala
- Mual atau muntah
- Perdarahan pada hidung
- Tubuh mati rasa (tanda awal stroke)
Zat Atasi Hipertensi
Kalium
Penyelidikan menunjukkan bahawa diet tinggi
kalium dan rendah sodium boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Para
penyelidik menyarankan nisbah perbandingan kalium dan sodium 5:1. Pada umumnya,
buah-buahan dan sayuran merupakan sumber kalium terbaik, khususnya buah dan
sayuran yang berwarna terang.
Mineral
Magnesium merupakan mineral yang sangat penting
untuk sistem saraf. Jika kekurangan magnesium, anda akan mengalami gejala
seperti tekanan darah tinggi, retensi air dan depresi. Salah satu mineral
penting yang lain iaitu kalsium, tidak mampu berfungsi tanpa kehadiran
magnesium.
Kacang-kacang mentah (dalam jumlah sederhana
jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan) dan biji-bijian merupakan
sumber yang bagus untuk mendapatkan magnesium dan produk susu rendah lemak
sumber yang baik untuk mendapatkan kalsium.
Vitamin C
Vitamin C penting untuk melawan strok. Dalam
sebuah kajian, orang yang mengalami kadar vitamin C yang rendah, khususnya yang
mengalami tekanan darah tinggi dan kelebihan berat badan berisiko tinggi untuk
mendapat strok. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran
yang berwarna terang.
Omega-3
Makanan seperti salmon dan mackerel boleh
membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan cara menurunkan kolstrol dan
risiko aterosklerosis (pengerasan dinding arteri)
Serat
Buah, sayuran dan beras murni mengandungi
serat, tepung havermot dan epal khususnya mengandungi serat yang larut dalam
air. Serat membantu mengurangi dan mencegah pembentukan kolesterol dalam arteri
yang sekali gus juga akan menurunkan risiko tekanan darah tinggi.
0 Orang komen:
Post a Comment