Nuffnang ads

Friday, May 8, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Occupations

Assalamualaikum.

Pelajar cemerlang hendaklah mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita itu mestilah tertanam rapi dalam dirinya , ditambah pula dengan semangat yang kental dan tidak mudah mengaku kalah walaupun terpaksa bersaing dengan pelajar yang lebih hebat dari dirinya sendiri.

Cara memilih pekerjaan sesuai dengan minat.

    Minat pada Idea
Jika anda seorang yang selalu ingin tahu, kreatif dan sering mengekploitasi idea-idea yang baru, maka bidang pekerjaan yang sesuai untuk anda adalah bidang penulisan, pengetahuan alam, rawatan, atau bidang seni.

    Minat pada Orang

 Jika anda termasuk orang yang senang bertemu dengan orang baru, mudah bergaul dan menyesuaikan diri, senang mengembara ke tempat baru, serta berjiwa sosial tinggi, pilihan anda lebih sesuai kepada pekerjaan yang membenarkan anda untuk dapat bertemu dengan ramai orang seperti Marketing, Perunding, Sales, atau Public Relation.

    Minat pada Benda
Anda termasuk orang yang teratur, rapi, dan senang mengerjakan sesuatu dengan terancang, tetapi tidak begitu senang bertemu dengan orang.  Anda sesuai bekerja di bidang pekerjaan yang memerlukan ketelitian tinggi seperti Administasi, akutansi, atau kewangan.
 

Memilih Pekerjaan sesuai dengan keperibadian
Menurut teori personaliti yang dikemukakan oleh John Holland. Jenis personaliti manusia dibagi menjadi 6 jenis, iaitu:

    Jenis realistik
Orang yang berjenis realistik cenderung mempunyai kepakaran bekerja dengan mesin atau peralatan mekanik. Pekerjaan yang bergelut dengan aktiviti social tidak sesuai bagi jenis realistik. Orang dengan jenis realistik biasanya praktikal, mekanikal, dan realistik. Jika anda termasuk dalam jenis ini, bekerja sebagai jurutera teknik atau pilot boleh menjadi pilihan.

    Jenis Siasatan
Apabila anda termasuk orang yang pandai dalam menyelesaikan masalah, tetapi umumnya mengelakkan pekerjaan yang sifatnya memimpin / mempengaruhi orang, maka anda tergolong jenis siasatan. Bekerja sebagai ahli kimia, doktor gigi, pakar psikiatri atau psikologi dan ahli matematik boleh menjadi pilihan bagi orang berjenis siasatan.

    Jenis Artistik
Jenis seni merupakan orang-orang yang suka melakukan aktiviti seni, drama, kemahiran tangan, menulis sastera, tetapi mengelakkan aktiviti yang rutin dan berulang. Jika anda termasuk jenis ini, bekerja sebagai pereka pakaian, penari, komposer, editor buku, dan reka bentuk grafik boleh menjadi pilihan.

    Jenis Sosial
Orang dengan jenis sosial cenderung suka menolong orang, serta menyukai kegiatan sosial yang mengharuskannya untuk berinteraksi dengan banyak orang. Jenis ini bertentangan dari jenis realistik. Biasanya orang dengan jenis sosial sesuai bekerja sebagai guru, penari, perunding, jururawat, atau pekerja sosial.

    Jenis Usahawan
Jenis usahawan senang memimpin dan mempengaruhi orang lain. Jenis usahawan mengelakkan pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan pemerhatian dan ketelitian mendalam. Orang dengan jenis usahawan biasanya bertenaga, bercita-cita tinggi dan boleh bersosial. Sesuai bekerja sebagai sales, peguam, atau hakim.

    Jenis Konvensional
Apakah anda menyukai pekerjaan yang berhubungan dengan angka, fail-fail dan segala pekerjaan yang serba teratur? Jika ya, maka anda termasuk orang dengan jenis konvensional. Bila anda termasuk jenis ini, anda boleh memilih pekerjaan sebagai akauntan, pentadbiran, kakitangan kewangan dan setiausaha sebagai pilihan kerjaya anda.


Setiap kanak-kanak pasti mempunyai cita-cita yang tinggi. Mari kenali cita-cita atau pekerjaan yang ada di sekeliling kita. :)

Jom download di SINI.




pekerjaan

pekerjaan



0 Orang komen:

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...