Nuffnang ads

Thursday, July 9, 2015

Jenis-Jenis Perasaan

PERASAAN bermaksud keadaan seseorang individu atau organisme pada sesuatu waktu. Perasaan atau juga dikenali sebagai emosi adalah sesuatu yang normal yang biasa dirasai oleh setiap manusia di muka bumi ini. Contohnya sedih, gembira, takut, marah, kecewa dan lain-lain. Biasanya perasaan manusia berubah-ubah pada satu masa sama ada dalam masa yang singkat atau masa yang panjang. Ada manusia mampu merasa gembira tetapi perasaan gembira itu mampu berubah sekelip mata menjadi sedih atau sebagainya.. Keadaan ini biasanya berlaku oleh beberapa faktor. Antaranya seperti faktor penglihatan dan pendengaran, atau secara umum nya adalah disebabkan persekitaran individu itu sendiri.

TAKUT
Perasaan takut juga dikenali sebagai bimbang atau cemas terhadap sesuatu perkara. Perasaan takut berbeza dengan individu lain. Ada individu lebih cenderung berasa takut apabila menonton cerita seram, ada juga takut pada ketinggian, takut berdepan dengan orang ramai, takut pada binatang, takut pada guru dan macam-macam lagi. Perasaan takut boleh mengganggu kehidupan individu apabila mereka tidak dapat mengawal perasaan itu. Kesannya boleh membuatkan seseorang mengalami sukar tidur, terperap di dalam rumah atau tidak bergaul dengan masyarakat. Salah satu cara untuk menghilangkan rasa takut adalah dengan meluahkan perasaan takut itu pada rakan atau keluarga. Pastikan mengadu pada orang yang betul, bukan orang yang lagi menambahkan rasa takut. Berkongsi perasaan mampu mengurangkan rasa takut apabila rakan mampu memberi semangat atau sebagai peneman untuk mengharungi rasa takut itu bersama. Selain itu, individu haruslah berfikiran positif. Cuba ajar diri menghilangkan rasa takut dengan beranikan diri untuk berhadapan dengan perasaan itu. Contohnya, apabila takut untuk membuat pembentangan dihadapan kelas, anda harus beranikan diri untuk bercakap. Apabila selesai sesi perbentangan, anda sudah pun berjaya mengatasi perasaan takut itu dengan memberanikan diri. 

MARAH
Kita akan berasa marah apabila kita panas hati, tidak puas hati atau berasa berang. Perasaan marah ini tidak baik untuk individu kerana ia mampu memberi kesan terhadap individu yang lain. Ada manusia bijak mengawal perasaan marah, manakala ada pula yang gemar marah tidak kena tempat. Contohnya marahkan anak yang sedang bermain, marahkan air yang tertumpah dan lain-lain. Bagi mereka yang tidak mudah marah, setiap perkara yang berlaku dianggap remeh dan tidak mengikut perasaan. Justeru, mereka lebih tenang. Adalah lebih elok jika si pemarah mendiamkan diri apabila sedang marah. Ini untuk mengelakkan dari menyebut perkataan2 yang tidak sepatutnya dihadapan orang. Cuba kawal emosi anda dengan bersenyum ketika sedang marah. Ini dapat mengurangkan rasa marah serta merta.

MALU
Perasaaan malu bermaksud segan atau takut-takut. Perasaan ini ada baiknya jika kena pada keadaan. Contohnya seseorang berasa malu untuk keluar dengan lelaki berdua-duaan, malu apabila dipuji dan lain-lain. Tetapi perasaan malu menjadi tidak bertempat apabila setiap perkara yang perlu dilakukan menjadi malu. Contohnya, malu untuk pergi ke kedai, malu bertanya, malu untuk belajar dan lain-lain. Malu yang tidak kena tempat ini boleh menjadikan individu seorang yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman. Ini kerana setiap perkara baru yang harus dicuba tidak dapat dilaksanakan akibat rasa malu yang menebal. Cuba atasi perasaan ini dengan bercampur dengan rakan-rakan yang berani. Anda juga haruslah berusaha membuang perasaan malu tersebut demi kejayaan diri sendiri. Zaman berteknologi sekarang memerlukan seseorang yang berani untuk berjaya dalam hidup. Anda tidak harus buang perasaan malu anda, tetapi gunakan ia pada waktu tertentu sahaja.

GEMBIRA
Gembira atau juga dikenali sebagai seronok, riang atau suka. Perasaan ini bagus untuk memberikan mood yang baik terhadap individu. Apabila seseorang berasa gembira secara automatiknya urusan harian dijalani dengan senang dan tenang. Orang sekeliling juga dapat merasa aura kegembiraan itu apabila mereka bersama. Pelbagai contoh yang boleh membuatkan seseorang berasa gembira. Contohnya, mendapat hadiah atau kejutan, mendapat gaji, mendapat pujian, pergi ke tempat menarik dan lain-lain. Ada juga manusia yang gembira setiap hari, iaitu mereka yang sentiasa bersikap positif. Walaupun sibuk dengan kerja tetapi mereka gembira membuat sesuatu pekerjaan dan tidak mudah stress atau berasa marah. Ramai lebih selesa dekati individu seperti ini kerana merasa lebih tenang dan tidak memberi tekanan.

Frame Kartun Simple Untuk Anda

Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila bosan mulalah buat sesuatu ikut kretiviti.. kretiviti lah sangat! Haritu belajar buat bunga, kali ni dengan takda kerja nya aku cuba reka frame..bukan frame gambar ye.. tapi ni frame untuk orang edit note ke.. letak frame untuk cantikkan lagi presentation tu. haaa gitu.. Tapi aku buat simple2 je.. al maklum la baru berjinak-jinak.. frame kartun je yang mampu.. korang ada idea lain tak frame apa yang boleh dibuat lagi?? buat frame comel2 ni saja2 kot2 boleh tolong cikgu-cikgu yang nak cari bahan untuk murid kan.. sebab tu aku prefer frame kartun .. hihi. bagi aku frame tak perlu serabut sangat kan.. nanti tulisan tah kemana, gambar hiasan je yang nampak lebih. tergangu anak murid nak belajar.. hahaha.

ok ni contoh yang aku buat, tak da lah cantik mana pon.. erkkk.. 


kartun rama-rama
butterfly
kartun upin ipin
Upin Ipin

oh yaa bagi yang berminat untuk download.. ada lagi tujuh frame lain yang aku dah buat selain yang atas tu.. meh download kat SINI.. jangan risau takda bayaran, saja suka-suka. hiks.


Free Kit dari Vaseline

Assalamualaikum..
Losyen pencerah
Vaseline Instant Fair
Hey lama dah cuti tak menulis blog. Nak taknak kena tulis juga sesuatu supaya blog tak berhabuk. ahaks. Macam biasa la dapat barang free lagik. hihi.. Macam mana boleh dapat ni? ohh senang je, cuma buat beberapa misi yang disuruh dan kumpul mata banyak2.. bila dah banyak boleh redeem hadiah yang disediakan berdasarkan jumlah mata terkumpul. senang ja ponn.. btw losyen vaseline ni aku dapat sebab dah buat misi tu. kira dia bagi free la tak tolak mata terkumpul.. nampak tak bertapa baiknya hati dia.. hihi..

Misi apa tu?? laaa macam2 ada.. sama ada dia suh snap gambar post kat fb, share video dll. senang je kan..bila dia dah approve so korang dapat la mata tu. Aku dah cuba losyen instant fair ni.. sejujurnya untuk kulit aku tak segera putih la.. mungkin sebab aku gelap kot? hihih. oh yaa, kesan pencerahan tu bergantung pada kulit seseorang juga ya.. jangan pulak ada yang kata losyen ni tipu.. sapa belum cuba boleh p cari kat kedai.. :D bau nya pon sedap je ok wangi gitu.. Mulai malam ni aku nak tonyoh badan dengan Vaseline Instant Fair kasi putih sebelum raya. wakakaka.

Bahan-bahan Vaseline Instant Fair


  • water
  • isopropyl myristate
  • stearic acid
  • glyceryl stearate
  • mineral oil
  • ethylhexyl methaxycinnamate
  • niacinamide
  • glycerin
  • triethanolamine
  • phenoxyethanol
  • titanium dioxide
  • dimethicone
  • butyl methoxydibenzoylmethane
  • perfume
  • petrolatum
  • carbomer
  • cetyl alcohol
  • methyparaben
  • propylparaben
  • disodium EDTA
  • aluminum hydroxide
  • yogurt powder
  • hydroxystearic acid
  • BHT
  • isopropyl titanium trisostearate
  • triethoxysilyethyl polydimethylsiloxyethyl dimethicone
  • palmitic acid
  • arachidic acid
Bagi yang nak pakai losyen ni pada waktu siang, pastikan korang jangan terdedah dengan cahaya matahari dalam masa yang panjang. Sama juga la kalau pakai produk yang ada sunscreen pon sila lah jangan berjemur ditengah panas ye.. amboi mentang2 la dah ad protection, nak jadi ikan masin pulak.. no no.. tak elok untuk kulit taww! Pastikan simpan lotion ni di tempat yang selamat sebaiknya dalam bilik la kan. Jangan simpan kat luar rumah dalam pasu pulak.. Panas oii.. kesimpulannya simpan di tempat yang tidak kena pada cahaya matahari. Dan yang paling penting, kalau guna losyen ni tetiba kulit jadi gatal2 ke, jadi kurap ke.. sila berhenti pakai! maybe kulit tak sesuai or sensitif. kalau makin teruk jumpa je doktor haa senang. 


Vaseline Instant Fair membantu mempercepatkan proses pemutihan dengan Sistem Optik dan Skin Illuminating Microreflectors. Keberkesanan pemutihan bukan hanya jangka pendek kerana ia mempunyai Vitamin B3 terbukti untuk menguraikan melanin dalam lapisan epidermis untuk memastikan kesan pemutihan jangka panjang. Memandangkan iklim tropika kita, losyen ini juga mempunyai Broad-Spectrum Sunscreen terhadap kedua-dua sinar UVA dan UVB yang berbahaya dari matahari.

apa lagi... jom cuba Vaseline Instant Fair sekarang !!

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...