Nuffnang ads

Sunday, May 31, 2015

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

contest
Sesape nak join sila klik banner ye.. 

Friday, May 29, 2015

Giveaway Pertama by Nota Dan Kopi

contest

Jom support giveaway ni reramai.. Klik SINI untuk join okay.. senang je~

Wednesday, May 27, 2015

Free sample dari Lactacyd

Assalamualaikum..

freebies



Hai semua.. entry ni cuma nak ucap terima kasih pada Lactacyd sebab dengan baik hati dan bermurah hatinya telah memberikan aku sample percuma. wuhooo ! Sebelum ni memang aku tak pernah guna lagi ya Lactacyd ni.. jadi bila dah dapat ni teruja lak nak cuba.

Korang yang suka dapat free sample tu boleh pergi kat FREEBIES LAND MALAYSIA.. Kat sini ada macam-macam yang korang boleh minta. paling best yang hantar terus ke rumah. Kalau korang rajen berjalan tu boleh la g kedai and claim free sample tu.. Kadang-kadang bodyshop pon ada gak.. elianto..diaper.. eh macam-macam lah.. pergi tengok sendiri.. daaa~

Jus Sedap

Assalamualaikum..

Hai.. harini cite dia mengidam nak minum air tomato.. haa lama gila kot tak minum air tomato.. pertama kali pergi kedai makan order air ni masa belajar kat Arau. Nama kedai makan ni DiDapur Ibuku... pehhh air tomato dia memang thorbaik !

Bukan semua orang minat air tomato taw. Ingat lagi dulu masa zaman sekolah menengah.. orang lain pergi sekolah bawak bekal nasik, aku bawak buah tomato dua biji dalam plastik g sekolah. Masa rehat sedap je makan. hahaha time tu kekawan aku macam pelik + terpukau tengok aku makan tomato cam buah epal. hahahah. serius sedap korang patot cuba taw. sebab dia ada rasa masam-masam. 

Disebab kan dah mengidam (mengidam konon).. dengan gigih nya aku ke kedai malam-malam jalan kaki untuk beli tomato..so harini dapat lah aku buat air tomato yang aku idamkan tu.. hihihi. senang je cara dia.. leh campur-campur buah lain juga taw!

jus buah-buahan

Tersangat lah simple ye cara nya.. 
  1. Sediakan buah tomato. Boleh juga combine dengan buah lain. Aku tambah buah oren supaya rasa masam-masam lagi.
  2. Potong buah tomato kecil-kecil. Yang ni aku potong 8 je. Kulit tak perlu kupas.
  3. Potong juga buah oren. Jangan lupa buang kulit yaa.
  4. Tambah air sedikit supaya senang nak blend. (Tambah air sejuk lagi sedap)
  5. Blend sehingga hancur.
  6. Selepas itu, tapis kan dengan penapis yang bersesuaian. Aku tapis dua kali..yang pertama guna penapis lubang besar, yang kedua penapis lubang halus. :)
  7. Jika terlebih masam tambah kan sedikit gula. Untuk jaga kesihatan, gunakan gula Stevia RCC. (gambar di bawah)
  8. Tuang kan ke dalam cawan atau gelas.. dan terus di minum !! hihihi.. sedappppp!!
stevia sweetener
Stevia RCC

jus buah-buahan
nyum nyum
Alkisahnya aku suka makan tomato ni sebab mak yang ajar dari sekolah rendah. Makan tomato macam makan buah. Nak lagi best cicah dengan garam sikit sebab masam kan. Tomato ni banyak khasiatnya taw.. meh nak share sikit..

  • Pengawalan berat badan
  • Membantu masalah susah tidur
  • Mengurang kerosakan kulit
  • Membantu penglihatan mata
  • Merawat batu karang
ok lepasni boleh la amalkan minum atau makan tomato untuk dapatkan khasiat yang best ni. hihi.. 



Monday, May 25, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Places

Assalamualaikum..

kenali nama-nama tempat


Hi all..

There are various places that are around us either a unique place, a common place that we always go or a boring place..

Children often confused and unable to recognize places they go.. Today I want to share the names of the common places around us.

I put some pictures and simple explanations for each place so that it is easier to understand.

This file contains 28 pages in PDF format and you can download it HERE..

HAVE FUN !


Thursday, May 21, 2015

Paracetamol aka Panadol

Assalamualaikum..

melegakan sakit kepala

Siapa kat sini tak pernah makan paracetamol?? atau nama glamour nya panadol.. mesti hampir semua orang pon dah pernah makan panadol ni.. Kalau macam aku ni, jarang-jarang je makan panadol.. Bila dah sakit tahap tak reti baik baru aku decide makan panadol sebiji. Contoh nya bila aku sakit kepala berdenyut-denyut yang memang tak baik-baik, telan je sebiji panadol.. dalam masa sejam atau dua jam terus kepala baik. Lagi satu aku ni jarang-jarang demam taw, bila rasa je badan dah lain macam terus aku telan panadol.. pufff!! demam pon hilang tak payah la nak tahan sakit lama-lama.. hiks.

Macam biasa aku ni jenis pakai telan je semua makanan pon.. tak pernah terfikir macam mana makanan tu dibuat ?? siapa yang cipta makanan tu ?? apa bahan nya ?? haa sama la jugak dengan panadol ni.. baru hari ni rasa nak tau mengenai panadol ni.. Jom baca sama-sama. :)

Sejarah Paracetamol

Sebelum penemuan acetaminophen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan ubat antimalaria.

Kerana pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik yang dibuat pada 1880-an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, parasetamol telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, parasetamol tidak digunakan dalam bidang perubatan sehingga dua dekad selepasnya. Pada 1893, parasetamol telah ditemui di dalam air kencing seseorang yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berasa pahit. Pada tahun 1899, parasetamol dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak dipedulikan pada saat itu.
Pada 1946, Lembaga Pengajian Analgesik dan Dadah-ubatan Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan New York untuk mengkaji masalah yang berkaitan dengan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan adanya methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati pengaruh analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit parasetamol aktif. Mereka membela penggunaan parasetamol kerana memandang bahan kimia ini tidak menghasilkan racun asetanilida.

Kegunaan Paracetamol
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: 
  • sakit kepala
  • sakit gigi
  • sakit disebabkan oleh artritis
  • sakit otot
  • osteoarthritis
  • senggugut
  • demam.

Paracetamol juga berkesan diambil untuk mengawal kesakitan ringan dan sederhana, sebagai contoh kesakitan yang disebabkan oleh penyakit osteoarthritis, migraine atau sakit kepala. Walau bagaimanapun, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya menggunakan paracetamol untuk jangka masa yang panjang.

Bagaimana Ubat Ini Bertindak
Ubat ini bertindak dengan mengurangkan sakit dengan menghentikan pengeluaran beberapa bahan kimia dalam badan, dan mengawal demam melalui tindakan pada pusat kawalan suhu dalam otak.

Terlebih Dos
Tanda-tanda awal akibat dos berlebihan Paracetamol termasuklah:
  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • sakit perut
  • berpeluh
  • kekeliruan atau kelemahan.
Gejala-gejala mungkin termasuk:
  • sakit di dalam perut atas
  • air kencing berwarna gelap
  • kekuningan pada kulit 
  • keputihan pada mata anda.
Secara kesimpulannya, kalau nak makan panadol atau apa-apa ubat sekali pun berpada-pada lah ya.. pastikan bila nak ambil sesuatu ubat mestilah atas arahan doktor. Dan yang penting jangan makan ubat terlalu banyak sehingga terlebih dos yang telah ditetapkan. Nanti lok-elok nak reda sakit tak pasal jadi penyakit lain pula.

Sekian.

Wednesday, May 20, 2015

Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh

beramah mesra dengan blogger

Jom join kat SINI


Simple Giveaway by Ayu Zan

contest

Jom join Giveaway ni kat SINI


Tuesday, May 19, 2015

Cerita Kanak-kanak

Assalamualaikum..

story telling atau cerita dongeng kanak-kanak

Hai.. hari ni nak cakap pasal cerita kanak-kanak.. Korang masa kecik-kecik mesti selalu kan dengar cerita dongeng.. Macam-macam cerita ada kan contohnya 'Sang Kancil yang Cerdik', 'Gadis Penjual Susu', 'Pinochio', 'Jack and The Beanstalk', 'Humpty Dumpty' dan lain-lain.

Sebenarnya cerita kanak-kanak ini ada maksud yang tersendiri. Kebanyakkan kesemua cerita dongeng ini mempunyai moral cerita yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Contohnya dalam cerita Humpty Dumpty, pengajarannya ialah kita mestilah mendengar nasihat daripada orang lain untuk kebaikkan diri kita sendiri. Manakala dalam cerita Doctor Foster pula, pengajarannya ialah kita mestilah berhati-hati ke mana saja kita pergi untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 

Semua cerita-cerita ni takda lah panjang mana, pendek sangat. Selalunya kalau di luar negara di panggil bedtime story, tapi kalau di Malaysia ni pagi, petang, siang atau malam pon boleh kalau nak buka buku ceritakan. hihihi. 

Zaman sekarang dunia IT, buku macam sudah jarang dibuka budak-budak.. Zaman IT pon takde masalah, bila-bila pon boleh cari cerita dongeng di internet.. kan kan kan.. :D Yang pastinya kena lah bagi menarik sikit persembahan cerita tu..contohnya macam tambah banyak-banyak gambar ke, letak gambar bergerak ke.. haaa macam tu lah.. asalkan dapat tarik minat kanak-kanak.

Selain kat rumah, kat sekolah pon boleh je kalau cikgu nak 'take 5' cerita dongeng untuk murid-murid. Alaa 5 minit je pon.. budak-budak suka taw cerita-cerita macam ni.. Macam aku masa kat Universiti pon lecturer bagi kitorang rehat sambil dia pasang video cerita kelakar. hihihi.

So, harini entah kenapa tiba-tiba rasa nak share mengenai cerita dongeng.. aku pon edit lah cerita yang aku jumpa kat Mr. Google .. jom layan cerita Princess Rose and The Golden Bird kat SINI .

Kalau entry ni ramai datang, next entry nak buat cerita dongeng banyak-banyak sekali gus pulak.. hihi.


Selamat Membaca!


Saturday, May 16, 2015

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Penyakit hipertensi atau yang sering disebut dengan darah tinggi adalah penyakit yang banyak dialami oleh sebagian orang terutama pada orang-orang yang sudah berusia. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu faktor risiko utama penyebab penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu di dunia.
Dengan itu, setiap individu haruslah mempertahankan kadar darah yang normal bagi menghindari diri daripada diserang penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang berbahaya. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan penyakit yang kita hadapi adalah disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak dijaga dengan betul. Setiap individu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat setiap hari dan mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh.

Ciri-ciri Orang Yang Terkena Hipertensi
  • Sakit kepala
  • Mual atau muntah
  • Perdarahan pada hidung
  • Tubuh mati rasa (tanda awal stroke)


Zat Atasi Hipertensi

Kalium
Penyelidikan menunjukkan bahawa diet tinggi kalium dan rendah sodium boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Para penyelidik menyarankan nisbah perbandingan kalium dan sodium 5:1. Pada umumnya, buah-buahan dan sayuran merupakan sumber kalium terbaik, khususnya buah dan sayuran yang berwarna terang.

Mineral
Magnesium merupakan mineral yang sangat penting untuk sistem saraf. Jika kekurangan magnesium, anda akan mengalami gejala seperti tekanan darah tinggi, retensi air dan depresi. Salah satu mineral penting yang lain iaitu kalsium, tidak mampu berfungsi tanpa kehadiran magnesium.
Kacang-kacang mentah (dalam jumlah sederhana jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan) dan biji-bijian merupakan sumber yang bagus untuk mendapatkan magnesium dan produk susu rendah lemak sumber yang baik untuk mendapatkan kalsium.

Vitamin C
Vitamin C penting untuk melawan strok. Dalam sebuah kajian, orang yang mengalami kadar vitamin C yang rendah, khususnya yang mengalami tekanan darah tinggi dan kelebihan berat badan berisiko tinggi untuk mendapat strok. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna terang.

Omega-3
Makanan seperti salmon dan mackerel boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan cara menurunkan kolstrol dan risiko aterosklerosis (pengerasan dinding arteri)

Serat
Buah, sayuran dan beras murni mengandungi serat, tepung havermot dan epal khususnya mengandungi serat yang larut dalam air. Serat membantu mengurangi dan mencegah pembentukan kolesterol dalam arteri yang sekali gus juga akan menurunkan risiko tekanan darah tinggi. 

Thursday, May 14, 2015

Kuku Rosak

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kuku Rosak

  1. Tekanan merupakan antara punca yang mentebabkan kesihatan merosot. Ia juga menjejaskan kesihatan kuku anda.
  2. Kekurangan kalsium mengundang masalah kuku rapuh dan mudah patah.
  3. Elakkan menggunakan kuku sebagai alat seperti membuka tin biskut, menggores kad tambah nilai dan lain-lain. Amalan ini akan merosakkan kuku anda.
  4. Jangan sesekali mengigit kuku kerana tabiat buruk ini bukan sahaja mencacatkan penampilan malah menyebabkan kuku cedera. 
  5. Usah malas menyapu pelembab pada tangan dan kaki agar kuku sihat dan bersinar.
  6. Jika anda seorang yang alergik, elakkan pencuci atau sabun yang tinggi kandungan kimia kerana ia boleh menipiskan kulit dan membuatkan kuku rapuh. Sebaliknya, pilih bahan pencuci yang mesra alam.
  7. Jika kuku anda terlalu panjang, ia akan menyebabkan kuman terperangkap di bawah kuku dan berisiko untuk patah seterusnya mencederakan bahagian ini.
  8. Jika melakukan aktiviti yang berisiko seperti berkebun, gunakan sarung tangan untuk melindungi tangan daripada cedera. Ia juga mengelakkan tangan anda daripada menjadi kasar. 
kuku rosak

Wednesday, May 13, 2015

Petua di dapur

Selak-selak buku lama yang nak dibuang, tiba-tiba ternampak pulak petua-petua ni.. haa sebelum buang apa kata tulis kat belog.. Bila perlu boleh bukak baca balik kan kan.. Jom layan~

Limau Kekal Segar
Bagi anda yang mahukan limau yang disimpan didalam peti sejuk sentiasa kekal segar, basuh limau nipis terlebih dahulu. Kemudian lumurkannya dengan garam dan simpan di dalam peti sejuk.

Ikan Panggang Lebih Wangi
Bagi mendapatkan ikan panggang yang berbau wangi, balutkan ikan yang sydah diperap dengan daun kunyit. Kemudian bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.

Cara Hilangkan Getah Putik Pisang
Pisang muda biasanya bergetah. Bagi menghilangkan getahnya, kupas kulit pisang muda. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air, garam dan sedikit kapur. Kacau sebati dan biarkan seketika. Anda akan dapati getah pisang mudah dikeluarkan.

Daging Cepat Empuk
Bagi memendekkan masa untuk empukkan daging, masukkan keratan batang ubi kayu yang telah dibersihkan ke dalam daging yang sedang mendidih. Biarkan selama 10 minit sebelum di angkat.

Cara Pilih Kelapa Dengan Tepat
Dapatkan kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Selain itu, tempurung jantannya agak lonjong.

Kentang Lebih Enak
kentang enak dimakan tanpa mengupas kulitnya. Gosokkan kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih. Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.

Madu Tahan Lama
Bagi mengekalkan kualiti madu, masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat kering. Madu anda akan tahan dengan lebih lama.

Cara Bersihkan Isi Kupang
Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika masak, rendamkannya selama lebih kurang 10 minit dengan air biasa. Tos dan masak lah seperti biasa. Cara ini juga sesuai untuk membersihkan kerang, lala dan kepah.

madu

ubi kentang

Punca Penyakit Berbahaya

Punca penyakit berbahaya adalah bermula daripada tubuh badan yang berasid. Badan berasid boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit fizikal. Perkara ini terjadi kerana mengambil makanan berasid terlalu berlebihan dari makanan alkali. Kesannya tubuh badan tidak dapat meneutralkan lebihan asid dalam tubuh.

Tanda-tanda Masalah Keasidan 
  1. Tidak bertenaga, lesu, hilang kekuatan fizikal dan pemacu psikologi, tubuh terasa berat.
  2. Kerap berasa sejuk.
  3. Mudah mendapat penyakit berjangkit.
  4. Hilang motivasi, kegembiraan atau semangat.
  5. Kemurungan
  6. Gemuruh, gelisah tanpa sebab, hiperaktif, mudah tertekan dan sensitif terhadap bunyi nyaring.
  7. Muka pucat
  8. Sakit kepala
  9. Air mata mudah meleleh
  10. Konjunktivitis
  11. Radang kornea dan kelopak mata
  12. Air liur berasid
  13. Gigi longgat
  14. Gigi mudah sensitif dan radang gusi
  15. Ulser di dalam mulut
  16. Pecah-pecah di sudur kanan dan kiri bibir
  17. Jangkitan berulang pada tekak dan tonsil
  18. Gigi sensitif pada makanan panas, sejuk atau berasid
  19. Gigi cenderung untuk retak atau tersepih
  20. Sakit pada saraf gigi.
  21. Asid perut yang berlebihan
  22. Regurgitasi
  23. Gastritis
  24. Kuku yang nipis dan pecah-pecah
  25. Rambut kusam dan mudah gugur
  26. Kulit kering
  27. Kulit cenderung gatal-gatal pada bahagian banyak peluh
  28. Gatal kulit
  29. Kejang otot dan kaki.
Cara Seimbangkan ph Tubuh Badan Yang Berasid
Anda haruslah mengambil makanan-makanan yang dapat meneutralkan pH badan atau juga dikenali sebagai makanaan beralkali. Tahukan anda jenis-jenis makanan beralkali? Jom kita tengok.. 
  • Ubi kentang atau keledek rebus atau goreng.
  • Sayuran hijau mentah atau dimasak. Juga ulam-ulaman seperti ulam salad, kobis dan lain-lain.
  • Sayuran berwarna seperti lobak merah, terung dan capsicum kecuali tomato. Juga Jagung dalam bentuk kernel atau dimasak sebagai bubur.
  • Pisang
  • Badam
  • Buah berangan
  • Buahan kering seperti kurma, tin, kismis. Tidak termasuk buah yang berasid seperti nenas, aprikot, dan epal yang dikeringkan.
  • Buah zaitun hitam dalam minyak
  • Aprikot
  • Cold Presses Oil yang masih terkandung khasiat yang diproses di bawah suhu 49 darjah celsius. Minyak Zaitun, bunga matahari dan kekacang adalah antara minyak yang diproses melalui mekanisme ini yang emmpunyai kandungan alkali yang tinggi.
  • Gula semulajadi seperti stevia dan gula dalam buahan.
  • Sumber soya yang diperam seperti tempe dan tofu.
  • Cuka epal
  • Herba seperti serbuk cili, kayu manis, kari dan halia.
  • Minuman kultr probiotik.
  • Jus sayuran.
  • Lemon.
  • Saderi
  • Cendawan.
  • Alfalfa.

Makanan Yang Berasid


makanan berasid

Sekian. 



Sunday, May 10, 2015

1St GIVEAWAY By Blog Princess Mimi

contest

Klik banner untuk maklumat lanjut. :)

NEWBIE BLOGWALKING 2015 BY EYRA SAHA

contest

simple sangat. hihi.. sape nak join leh klik banner ye. :)

Friday, May 8, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Occupations

Assalamualaikum.

Pelajar cemerlang hendaklah mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita itu mestilah tertanam rapi dalam dirinya , ditambah pula dengan semangat yang kental dan tidak mudah mengaku kalah walaupun terpaksa bersaing dengan pelajar yang lebih hebat dari dirinya sendiri.

Cara memilih pekerjaan sesuai dengan minat.

    Minat pada Idea
Jika anda seorang yang selalu ingin tahu, kreatif dan sering mengekploitasi idea-idea yang baru, maka bidang pekerjaan yang sesuai untuk anda adalah bidang penulisan, pengetahuan alam, rawatan, atau bidang seni.

    Minat pada Orang

 Jika anda termasuk orang yang senang bertemu dengan orang baru, mudah bergaul dan menyesuaikan diri, senang mengembara ke tempat baru, serta berjiwa sosial tinggi, pilihan anda lebih sesuai kepada pekerjaan yang membenarkan anda untuk dapat bertemu dengan ramai orang seperti Marketing, Perunding, Sales, atau Public Relation.

    Minat pada Benda
Anda termasuk orang yang teratur, rapi, dan senang mengerjakan sesuatu dengan terancang, tetapi tidak begitu senang bertemu dengan orang.  Anda sesuai bekerja di bidang pekerjaan yang memerlukan ketelitian tinggi seperti Administasi, akutansi, atau kewangan.
 

Memilih Pekerjaan sesuai dengan keperibadian
Menurut teori personaliti yang dikemukakan oleh John Holland. Jenis personaliti manusia dibagi menjadi 6 jenis, iaitu:

    Jenis realistik
Orang yang berjenis realistik cenderung mempunyai kepakaran bekerja dengan mesin atau peralatan mekanik. Pekerjaan yang bergelut dengan aktiviti social tidak sesuai bagi jenis realistik. Orang dengan jenis realistik biasanya praktikal, mekanikal, dan realistik. Jika anda termasuk dalam jenis ini, bekerja sebagai jurutera teknik atau pilot boleh menjadi pilihan.

    Jenis Siasatan
Apabila anda termasuk orang yang pandai dalam menyelesaikan masalah, tetapi umumnya mengelakkan pekerjaan yang sifatnya memimpin / mempengaruhi orang, maka anda tergolong jenis siasatan. Bekerja sebagai ahli kimia, doktor gigi, pakar psikiatri atau psikologi dan ahli matematik boleh menjadi pilihan bagi orang berjenis siasatan.

    Jenis Artistik
Jenis seni merupakan orang-orang yang suka melakukan aktiviti seni, drama, kemahiran tangan, menulis sastera, tetapi mengelakkan aktiviti yang rutin dan berulang. Jika anda termasuk jenis ini, bekerja sebagai pereka pakaian, penari, komposer, editor buku, dan reka bentuk grafik boleh menjadi pilihan.

    Jenis Sosial
Orang dengan jenis sosial cenderung suka menolong orang, serta menyukai kegiatan sosial yang mengharuskannya untuk berinteraksi dengan banyak orang. Jenis ini bertentangan dari jenis realistik. Biasanya orang dengan jenis sosial sesuai bekerja sebagai guru, penari, perunding, jururawat, atau pekerja sosial.

    Jenis Usahawan
Jenis usahawan senang memimpin dan mempengaruhi orang lain. Jenis usahawan mengelakkan pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan pemerhatian dan ketelitian mendalam. Orang dengan jenis usahawan biasanya bertenaga, bercita-cita tinggi dan boleh bersosial. Sesuai bekerja sebagai sales, peguam, atau hakim.

    Jenis Konvensional
Apakah anda menyukai pekerjaan yang berhubungan dengan angka, fail-fail dan segala pekerjaan yang serba teratur? Jika ya, maka anda termasuk orang dengan jenis konvensional. Bila anda termasuk jenis ini, anda boleh memilih pekerjaan sebagai akauntan, pentadbiran, kakitangan kewangan dan setiausaha sebagai pilihan kerjaya anda.


Setiap kanak-kanak pasti mempunyai cita-cita yang tinggi. Mari kenali cita-cita atau pekerjaan yang ada di sekeliling kita. :)

Jom download di SINI.




pekerjaan

pekerjaan



Wednesday, May 6, 2015

Buku Fixi Giveaway by Yaya

contest



Tuesday, May 5, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Antonyms

Assalamualaikum...

Antonim atau kata lawan ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain.

Mari mengajar kanak-kanak antonim dalam bahasa inggeris dengan mudah..

Saya buat file ini dalam bentuk powerpoint dan bergambar.. Jom download di SINI :)


antonim bergambar

Monday, May 4, 2015

Bahan Bantu Mengajar - Kosa Kata (Vocabulary)

Assalamualaikum..

Ini merupakan pertama kali nak share bahan bantu mengajar. 
Apa yang nak dikongsikan adalah mengenai KOSA KATA (vocabulary) dalam bahasa inggeris untuk kenderaan, buah-buahan, dan haiwan. :)

Siapa berminat boleh cuba download di SINI

kosa kata atau vocabulary

Saturday, May 2, 2015

Jom Join Ceria 1st Giveaway!

contest
SINI

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog ini
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!
  3. Letak banner di atas dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.
  4. Letak syarat-syarat penyertaan dalam entry tersebut.
  5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.
  6. Setelah selesai menaip post tersebut, komen di entry blog ini.
  7. kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) dan kelebihannya kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.
  8. Tarikh tutup giveaway ialan 12 June 2015.
  9. Pemenang akan dipilih melalui random.org


Jom join giveaway ni.. :D 




Friday, May 1, 2015

Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant

contest
Klik SINI



Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...