Hai..
Disebabkan terlalu nervous pikir mengenai interview kerja yang bila-bila je bakal kena panggil, aku dok pulun la study english sebab risau masa temuduga kena speaking kan.. Belajar grammar bagai nak rak, last2 rasa sesak otak sebab banyak sangat.. and rasa macam tak boleh ingat sume grammar tu. hmm ..tetibe terjumpa la satu artikel ni ajar macam mana nak bercakap dalam bahasa inggeris dengan baik..
5 kaedah/peraturan bercakap bahasa inggeris yang anda perlu tahu:
- Jangan Belajar Tatabahasa Terlalu Banyak
Jika anda mahu lulus peperiksaan, belajar lah tatabahasa. Walau bagaimanapun,jika anda mahu fasih dalam bahasa inggeris, anda perlu belajar bahasa inggeris tanpa mempelajari tatabahasa. Belajar tatabahasa cuma akan buat kita bertambah keliru. Anda akan selalu fikir mengenai peraturan tatabahasa dalam setiap ayat, dan tidak mampu berbahasa seperti Native English.
Menurut artikel, hanya beberapa Native English sahaja yang tahu menjawab soalan tatabahasa dengan betul. Walau bagaimanapun, mereka tetap fasih berbahasa inggeris dan boleh baca, cakap, dengar dan komunikasi dengan efektif.
-Pelajari Frasa
Jika anda tahu 1000 perkataan, anda mungkin tidak dapat untuk membina/berkata satu ayat yang betul.
Tetapi jika anda tahu 1 frasa, ada boleh buat beratus ayat yang betul.
contoh:
I'm looking forward to (you are saying that you are waiting/hoping for something, especially with pleasure)
"I'm looking forward to learning the English language"
-Berlatih Speaking apa yang anda dengar!
Membaca dan mendengar adalah tidak cukup, cuba bercakap dalam bahasa inggeris apa yang anda dengar. Paling mudah apabila dengar lagu inggeris.
Sama seperti bayi dan kanak-kanak..Mereka berlajar bercakap dahulu, jadi fasih, seterusnya mula belajar membaca dan menulis. :)
Mendengar >>> Bercakap >>> Membaca >>> Menulis
-Berusaha
Anda tidak perlu ke mana2 untuk fasih English (contoh macam pergi London dll.haha). Anda hanya perlu dikelilingi English. Maksudnya disini seperti setiap kali berjumpa rakan, buat satu peraturan untuk bercakap hanya dalam bahasa inggeris. Atau bawa Smartphone anda untuk dengar ayat-ayat bahasa inggeris di mana sahaja.
Tenggelamkan diri anda dalam bahasa inggeris dan anda akan belajar dengan lebih cepat.
-Mempelajari bahan yang betul
Belajar dari bahan yang boleh dipercayai, yang biasa digunakan oleh kebanyakkan orang dan yang betul.
Contohnya, kebanyakkan pelajar belajar daripada berita. Tetapi bahasa berita lebih kepada formal dan banyak mengenai politik bukan seperti yang biasa digunakan dalam waktu seharian.
Zaman IT yang hampir semua pon ada telefon pintar, apa lagi download la aplikasi English Speaking... laaaaaagiiii senang.. Marilah mula membaca buku bahasa inggeris secara kuat-kuat. haha.. BABAI~~