Kangen Water adalah air minuman yang sihat yang kaya dengan
mineral, bersih daripada kekotoran, dan di ionkan melalui proses elektrolisis.
Air kangen adalah pilihan yang sangat baik untuk proses penghidratan yang
sihat. Bukan sahaja ia sedap dan menyegarkan, tetapi ia juga membantu anda
mengelakkan kekotoran dari air paip dan menjimatkan wang. Jika memerlukan air
yang segar, jelas, dan tulen dengan rasa yang menyenangkan dan mempunyai
mineral untuk kesihatan badan anda, menggunakan mesin alkali kangen water di
rumah adalah penyelesaiannya.
Kangen Water telah digunakan di hospital-hospital Jepun selama
lebih 30 tahun untuk merawat pelbagai keadaan penyakit. Ia juga merupakan
satu-satunya pembuat mesin air ionizer dalam industri yang menerima cop Gold
Standard daripada persatuan kualiti air antarabangsa iaitu Water Quality
Association (WQA). Kangen Water juga telah disahkan sebagai alat perubatan oleh
Kementerian Kesihatan Jepun.
Skrin LCD dan suara panduan pada alat akan menerangkan kepada anda
air yang dihasilkan (Air Kangen, Air Acid, Strong Acid, Strong Kangen dan Air
Neutral) dan juga ia memberi maklumat yang diperlukan. Operasi ini sangat mudah
kerana hanya perlu menekan butang sahaja untuk memilih air yang diinginkan.
Mesin ini boleh menghasilkan air dengan pH yang berbeza mengikut citarasa
pengguna.
Di Malaysia, kangen water ini masih lagi baru dan kurang dikenali
berbanding di Indonesia. Anda boleh cuba mencari testimoni Kangen water di
internet dan kebanyakkan adalah dari Indonesia.
Jenis-Jenis Air Kangen
pH 11.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai strong kangen water. Digunakan untuk
membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayuran, pinggan mangkuk,
minyak dan kotoran lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci kotoran
degil.
pH 8.5, 9.0, 9.5 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air minuman. Digunakan untuk diminum supaya
dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. Juga boleh dibuat memasak atau dibuat
air seperti milo, kopi dll. Selain itu, boleh juga digunakan untuk menyiram
pokok untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.
pH 7.0 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air neutral. Air ini bersig dan tiada klorin
sesuai untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. Bayi sememangnya berada
dalam keadaan alkali jadi tidak perlu untuk minum air alkali lagi.
pH 4.0 - pH 6.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid. Digunakan untuk kecantikan
kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambutdan pembersihan haiwan.
pH 2.7 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid kuat. Mampu membunuh kuman dan
bertindak seperti antiseptik. Digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal
dan yang telah terkena jangkitan kuman. Air inilah yang digunakan di hospital
negara Jepun untuk merawat pesakit yang mengalami luka luaran, kudis bernanah
dll.
untuk luaran |
pH.9.5 |
Untuk maklumat yang
lebih lanjut boleh baca di SINI
Bagi yang tinggal di
kawasan sekitar Ampang boleh hubungi nombor di bawah untuk beli air ni seperti
dalam gambar di atas. Kalau saving ada banyak boleh beli mesin Kangen dengan
harga lebih kurang RM12k dan boleh buat bisnes jual air alkali.
Air alkali seperti
gambar di atas cuma RM10. Manakala set kecantikkan/luaran (gambar) cuma
RM30.
Sila hubungi:
016-915 9957 (YATI)
0111-230 1472 (WIS)
2 Orang komen:
wah bagus ni..nice sharing! ^_^
Banyak jugak dengar pasal kangen water nie. Baru tahu dia guna proses elektrolisis. Thanks for the info.hehe
Post a Comment