Nuffnang ads

Friday, April 24, 2015

Tutorial : Cara Buat Bunga (DIY Brooch)

Hai ! jom belajar buat bunga lagi !! hehehe. kali ni bunga lain lakk..

Apa yang korang perlukan ?? (sama je macam entry sebelum ni)
  • Kain Satin 4x4cm - 7 keping pink, 7 keping putih
  • Kain Felt
  • Gluegun
  • Gunting yang tajam
  • Penyepit besi
  • Lilin
  • Pin
  • Manik
kain satin

Potong kain satin 4x4cm macam gambar kat atas tu. Untuk bunga ni 7 warna putih, 7 warna pink untuk double kan warna bunga. :) Jangan lupa bakar keliling kain sedikit supaya ia tidak berbulu.

cara buat kelopak bunga
  1. Kain (pink) 4x4cm tu lipat jadi 3 segi.
  2. Kain 3 segi tadi lipat lagi supaya jadi 3 segi yang lebih kecik. Repeat step 1 & 2 pada kain putih.
cara buat kelopak bunga

     3. Tindih kan kedua2 kain pink & putih seperti gambar di atas.
     4. Lipat kedua2 kain tersebut supaya menjadi seperti kelopak pada gambar no.5.

cara buat kelopak bunga

    5. Guntingkan lebihan bawah bucu yang tidak sekata.
    6. Bakar dengan menggunakan penyepit sehingga melekat.
    7. Gunting pula bahagian bawah kelopak supaya menjadi sekata
    8. Bakar supaya tiada benang2 kain terlebihan.

kelopak bunga

Kelopak bunga anda akan jadi seperti ini. Ulang langkah di atad sehingga 7 kelopak bunga terhasil.

bunga brooch

Gam kan setiap kelopak supaya menjadi seperti bunga ini.

lekat pin pada bunga

Potongkan kain felt ikut saiz bunga (20sen / 10sen), dan gamkan pada bahagian belakang bunga.
Seterusnya gamkan pula pin pada kain felt.

brooch

Untuk lebih menarik, gamkan manik pada bahagian tengah bunga.. Tadaaaaa dah siap! Ini lah dia bunga dua lapis, ada dua warna. hehehe.

brooch comel

Kalau rasa malas sangat atau leceh buat dua lapis, boleh juga buat satu warna sahaja. Cantik juga kann.. tapi ...disebabkan satu warna, bunga jadi agak kecil. Jadi, ubah saiz kain 5x5cm atau 6x6cm supaya lebih besar.

brooch comel

Fuhhhh.. ramai adik beradik bunga ni haaa.. 

Untuk dapatkan pin kosong macam yang saya buat ni, anda boleh lah cari di kedai jahit yang berdekatan.. ada macam-macam saiz. Pilih ikut citarasa sendiri ok.. 

Sekian.





0 Orang komen:

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...