Nuffnang ads

Thursday, May 14, 2015

Kuku Rosak

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kuku Rosak

  1. Tekanan merupakan antara punca yang mentebabkan kesihatan merosot. Ia juga menjejaskan kesihatan kuku anda.
  2. Kekurangan kalsium mengundang masalah kuku rapuh dan mudah patah.
  3. Elakkan menggunakan kuku sebagai alat seperti membuka tin biskut, menggores kad tambah nilai dan lain-lain. Amalan ini akan merosakkan kuku anda.
  4. Jangan sesekali mengigit kuku kerana tabiat buruk ini bukan sahaja mencacatkan penampilan malah menyebabkan kuku cedera. 
  5. Usah malas menyapu pelembab pada tangan dan kaki agar kuku sihat dan bersinar.
  6. Jika anda seorang yang alergik, elakkan pencuci atau sabun yang tinggi kandungan kimia kerana ia boleh menipiskan kulit dan membuatkan kuku rapuh. Sebaliknya, pilih bahan pencuci yang mesra alam.
  7. Jika kuku anda terlalu panjang, ia akan menyebabkan kuman terperangkap di bawah kuku dan berisiko untuk patah seterusnya mencederakan bahagian ini.
  8. Jika melakukan aktiviti yang berisiko seperti berkebun, gunakan sarung tangan untuk melindungi tangan daripada cedera. Ia juga mengelakkan tangan anda daripada menjadi kasar. 
kuku rosak

2 Orang komen:

Nor Ain Rusli said...

Heheee no 5 dan 6 lah yang paling deep..
Kuiuikuiiii

yoorinmelacolea said...

huhu,..selalu malas pakai lotion..

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...