Selak-selak buku lama yang nak dibuang, tiba-tiba ternampak pulak petua-petua ni.. haa sebelum buang apa kata tulis kat belog.. Bila perlu boleh bukak baca balik kan kan.. Jom layan~
Bagi anda yang mahukan limau yang disimpan didalam peti sejuk sentiasa kekal segar, basuh limau nipis terlebih dahulu. Kemudian lumurkannya dengan garam dan simpan di dalam peti sejuk.
Ikan Panggang Lebih Wangi
Bagi mendapatkan ikan panggang yang berbau wangi, balutkan ikan yang sydah diperap dengan daun kunyit. Kemudian bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga masak.
Cara Hilangkan Getah Putik Pisang
Pisang muda biasanya bergetah. Bagi menghilangkan getahnya, kupas kulit pisang muda. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi air, garam dan sedikit kapur. Kacau sebati dan biarkan seketika. Anda akan dapati getah pisang mudah dikeluarkan.
Daging Cepat Empuk
Bagi memendekkan masa untuk empukkan daging, masukkan keratan batang ubi kayu yang telah dibersihkan ke dalam daging yang sedang mendidih. Biarkan selama 10 minit sebelum di angkat.
Cara Pilih Kelapa Dengan Tepat
Dapatkan kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Selain itu, tempurung jantannya agak lonjong.
Kentang Lebih Enak
kentang enak dimakan tanpa mengupas kulitnya. Gosokkan kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih. Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.
Madu Tahan Lama
Bagi mengekalkan kualiti madu, masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat kering. Madu anda akan tahan dengan lebih lama.
Cara Bersihkan Isi Kupang
Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika masak, rendamkannya selama lebih kurang 10 minit dengan air biasa. Tos dan masak lah seperti biasa. Cara ini juga sesuai untuk membersihkan kerang, lala dan kepah.
No comments:
Post a Comment