TAKUT
Perasaan takut juga dikenali sebagai bimbang atau cemas terhadap sesuatu perkara. Perasaan takut berbeza dengan individu lain. Ada individu lebih cenderung berasa takut apabila menonton cerita seram, ada juga takut pada ketinggian, takut berdepan dengan orang ramai, takut pada binatang, takut pada guru dan macam-macam lagi. Perasaan takut boleh mengganggu kehidupan individu apabila mereka tidak dapat mengawal perasaan itu. Kesannya boleh membuatkan seseorang mengalami sukar tidur, terperap di dalam rumah atau tidak bergaul dengan masyarakat. Salah satu cara untuk menghilangkan rasa takut adalah dengan meluahkan perasaan takut itu pada rakan atau keluarga. Pastikan mengadu pada orang yang betul, bukan orang yang lagi menambahkan rasa takut. Berkongsi perasaan mampu mengurangkan rasa takut apabila rakan mampu memberi semangat atau sebagai peneman untuk mengharungi rasa takut itu bersama. Selain itu, individu haruslah berfikiran positif. Cuba ajar diri menghilangkan rasa takut dengan beranikan diri untuk berhadapan dengan perasaan itu. Contohnya, apabila takut untuk membuat pembentangan dihadapan kelas, anda harus beranikan diri untuk bercakap. Apabila selesai sesi perbentangan, anda sudah pun berjaya mengatasi perasaan takut itu dengan memberanikan diri.
MARAH
Kita akan berasa marah apabila kita panas hati, tidak puas hati atau berasa berang. Perasaan marah ini tidak baik untuk individu kerana ia mampu memberi kesan terhadap individu yang lain. Ada manusia bijak mengawal perasaan marah, manakala ada pula yang gemar marah tidak kena tempat. Contohnya marahkan anak yang sedang bermain, marahkan air yang tertumpah dan lain-lain. Bagi mereka yang tidak mudah marah, setiap perkara yang berlaku dianggap remeh dan tidak mengikut perasaan. Justeru, mereka lebih tenang. Adalah lebih elok jika si pemarah mendiamkan diri apabila sedang marah. Ini untuk mengelakkan dari menyebut perkataan2 yang tidak sepatutnya dihadapan orang. Cuba kawal emosi anda dengan bersenyum ketika sedang marah. Ini dapat mengurangkan rasa marah serta merta.
MALU
Perasaaan malu bermaksud segan atau takut-takut. Perasaan ini ada baiknya jika kena pada keadaan. Contohnya seseorang berasa malu untuk keluar dengan lelaki berdua-duaan, malu apabila dipuji dan lain-lain. Tetapi perasaan malu menjadi tidak bertempat apabila setiap perkara yang perlu dilakukan menjadi malu. Contohnya, malu untuk pergi ke kedai, malu bertanya, malu untuk belajar dan lain-lain. Malu yang tidak kena tempat ini boleh menjadikan individu seorang yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman. Ini kerana setiap perkara baru yang harus dicuba tidak dapat dilaksanakan akibat rasa malu yang menebal. Cuba atasi perasaan ini dengan bercampur dengan rakan-rakan yang berani. Anda juga haruslah berusaha membuang perasaan malu tersebut demi kejayaan diri sendiri. Zaman berteknologi sekarang memerlukan seseorang yang berani untuk berjaya dalam hidup. Anda tidak harus buang perasaan malu anda, tetapi gunakan ia pada waktu tertentu sahaja.
GEMBIRA
Gembira atau juga dikenali sebagai seronok, riang atau suka. Perasaan ini bagus untuk memberikan mood yang baik terhadap individu. Apabila seseorang berasa gembira secara automatiknya urusan harian dijalani dengan senang dan tenang. Orang sekeliling juga dapat merasa aura kegembiraan itu apabila mereka bersama. Pelbagai contoh yang boleh membuatkan seseorang berasa gembira. Contohnya, mendapat hadiah atau kejutan, mendapat gaji, mendapat pujian, pergi ke tempat menarik dan lain-lain. Ada juga manusia yang gembira setiap hari, iaitu mereka yang sentiasa bersikap positif. Walaupun sibuk dengan kerja tetapi mereka gembira membuat sesuatu pekerjaan dan tidak mudah stress atau berasa marah. Ramai lebih selesa dekati individu seperti ini kerana merasa lebih tenang dan tidak memberi tekanan.
Salam ziarah Ima,
ReplyDeleteDalam banyak2 perasaan, saya tak suka perasaan sedih sbb ianya menyakitkan..