Thursday, May 21, 2015

Paracetamol aka Panadol

Assalamualaikum..

melegakan sakit kepala

Siapa kat sini tak pernah makan paracetamol?? atau nama glamour nya panadol.. mesti hampir semua orang pon dah pernah makan panadol ni.. Kalau macam aku ni, jarang-jarang je makan panadol.. Bila dah sakit tahap tak reti baik baru aku decide makan panadol sebiji. Contoh nya bila aku sakit kepala berdenyut-denyut yang memang tak baik-baik, telan je sebiji panadol.. dalam masa sejam atau dua jam terus kepala baik. Lagi satu aku ni jarang-jarang demam taw, bila rasa je badan dah lain macam terus aku telan panadol.. pufff!! demam pon hilang tak payah la nak tahan sakit lama-lama.. hiks.

Macam biasa aku ni jenis pakai telan je semua makanan pon.. tak pernah terfikir macam mana makanan tu dibuat ?? siapa yang cipta makanan tu ?? apa bahan nya ?? haa sama la jugak dengan panadol ni.. baru hari ni rasa nak tau mengenai panadol ni.. Jom baca sama-sama. :)

Sejarah Paracetamol

Sebelum penemuan acetaminophen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan ubat antimalaria.

Kerana pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik yang dibuat pada 1880-an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, parasetamol telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, parasetamol tidak digunakan dalam bidang perubatan sehingga dua dekad selepasnya. Pada 1893, parasetamol telah ditemui di dalam air kencing seseorang yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berasa pahit. Pada tahun 1899, parasetamol dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak dipedulikan pada saat itu.
Pada 1946, Lembaga Pengajian Analgesik dan Dadah-ubatan Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan New York untuk mengkaji masalah yang berkaitan dengan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan adanya methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati pengaruh analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit parasetamol aktif. Mereka membela penggunaan parasetamol kerana memandang bahan kimia ini tidak menghasilkan racun asetanilida.

Kegunaan Paracetamol
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: 
  • sakit kepala
  • sakit gigi
  • sakit disebabkan oleh artritis
  • sakit otot
  • osteoarthritis
  • senggugut
  • demam.

Paracetamol juga berkesan diambil untuk mengawal kesakitan ringan dan sederhana, sebagai contoh kesakitan yang disebabkan oleh penyakit osteoarthritis, migraine atau sakit kepala. Walau bagaimanapun, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya menggunakan paracetamol untuk jangka masa yang panjang.

Bagaimana Ubat Ini Bertindak
Ubat ini bertindak dengan mengurangkan sakit dengan menghentikan pengeluaran beberapa bahan kimia dalam badan, dan mengawal demam melalui tindakan pada pusat kawalan suhu dalam otak.

Terlebih Dos
Tanda-tanda awal akibat dos berlebihan Paracetamol termasuklah:
  • hilang selera makan
  • loya
  • muntah
  • sakit perut
  • berpeluh
  • kekeliruan atau kelemahan.
Gejala-gejala mungkin termasuk:
  • sakit di dalam perut atas
  • air kencing berwarna gelap
  • kekuningan pada kulit 
  • keputihan pada mata anda.
Secara kesimpulannya, kalau nak makan panadol atau apa-apa ubat sekali pun berpada-pada lah ya.. pastikan bila nak ambil sesuatu ubat mestilah atas arahan doktor. Dan yang penting jangan makan ubat terlalu banyak sehingga terlebih dos yang telah ditetapkan. Nanti lok-elok nak reda sakit tak pasal jadi penyakit lain pula.

Sekian.

3 comments:

  1. kalau tak demam jangan harap la nak makan panadol. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. better ambik supplement dari ambik ubat2 cmni..tetapi pastikan supplement yang pengeluarnya diiktiraf dan ada KKM tau..

    ReplyDelete
  3. ubat ciptaan rockefeller @ freemason tetap tidak bagus walaupun diiktiraf KKM

    ReplyDelete