Hai.. harini cite dia mengidam nak minum air tomato.. haa lama gila kot tak minum air tomato.. pertama kali pergi kedai makan order air ni masa belajar kat Arau. Nama kedai makan ni DiDapur Ibuku... pehhh air tomato dia memang thorbaik !
Bukan semua orang minat air tomato taw. Ingat lagi dulu masa zaman sekolah menengah.. orang lain pergi sekolah bawak bekal nasik, aku bawak buah tomato dua biji dalam plastik g sekolah. Masa rehat sedap je makan. hahaha time tu kekawan aku macam pelik + terpukau tengok aku makan tomato cam buah epal. hahahah. serius sedap korang patot cuba taw. sebab dia ada rasa masam-masam.
Disebab kan dah mengidam (mengidam konon).. dengan gigih nya aku ke kedai malam-malam jalan kaki untuk beli tomato..so harini dapat lah aku buat air tomato yang aku idamkan tu.. hihihi. senang je cara dia.. leh campur-campur buah lain juga taw!
Tersangat lah simple ye cara nya..
- Sediakan buah tomato. Boleh juga combine dengan buah lain. Aku tambah buah oren supaya rasa masam-masam lagi.
- Potong buah tomato kecil-kecil. Yang ni aku potong 8 je. Kulit tak perlu kupas.
- Potong juga buah oren. Jangan lupa buang kulit yaa.
- Tambah air sedikit supaya senang nak blend. (Tambah air sejuk lagi sedap)
- Blend sehingga hancur.
- Selepas itu, tapis kan dengan penapis yang bersesuaian. Aku tapis dua kali..yang pertama guna penapis lubang besar, yang kedua penapis lubang halus. :)
- Jika terlebih masam tambah kan sedikit gula. Untuk jaga kesihatan, gunakan gula Stevia RCC. (gambar di bawah)
- Tuang kan ke dalam cawan atau gelas.. dan terus di minum !! hihihi.. sedappppp!!
Stevia RCC |
nyum nyum |
- Pengawalan berat badan
- Membantu masalah susah tidur
- Mengurang kerosakan kulit
- Membantu penglihatan mata
- Merawat batu karang
ok lepasni boleh la amalkan minum atau makan tomato untuk dapatkan khasiat yang best ni. hihi..
kita suka sgt2 makan raw tomato sedap sgt2 kan buat mcm buah epal yum yum.. tapi seyes xpernah lak minum jus tomato... seyes sedap ea??
ReplyDeleteSedap awak. Ni 1st time kita buat sndri. Tambah oren pon sedap. Rasa oren + tomato.. try lah! 😄
ReplyDeletesaya pon suka makan mentah tomato tu..nak2 lagi tomato ceri tu..tapi jus xpernah minum..nak kena try ni
ReplyDeleteYEAhhh ada geng. Hehhe
Delete