Apa yang korang perlukan:
- Kain/Riben (Saya guna kain perca mak saya. hihi)
- Lilin.
- Gam (Gam yang rupa pistol tu lebih mudah a.k.a gluegun)
- Gunting
- Penyepit besi.
- Manik Mutiara dll
- Pin, cekak, getah rambut dll
- Kain felt
Apa yang korang kena buat mula-mula adalah potong kain/riben jadi segi empat tepat. Yang ini mudah tak perlulah tunjuk cara potong kan. hihi.. untuk ukuran yang saya buat ni adalah 5 x 5 cm. (jangan terlalu kecil nanti susah pulak nak lipat..).. buat 5 atau 6 keping ikut kepada berapa kelopak anda mahu. Contohnya macam gambar kat bawah ni..
Nampak tak kain tu berbulu tepi2 dia.. tak cantikkan.. jadi untuk hilangkan benang2 tu kita bakor je diaa. Saya gunakan lilin sebab lebih mudah (boleh direct guna lighter).. Just bakar keliling kain sahaja.. Ok kalau perasan api tu ada dua warna kan, atas oren, bawah biru.. sila bakar pada api yang berwarna biru (api bahagian bawah ye..). haaaa kalau korang bakar guna api oren tu memang jadi hitam la kain tu.. xcaya cuba lah.. Hahah
Lipat kain tadi supaya jadi tiga segi.
Ambil bucu B dan lipat ke bucu C macam gambar kat bawah ni. Then, amek bucu A lipat ke bucu C juga.
Ok now dia dh jadi segi empat kan.. lipatkan ke belakang supaya jadi seperti gambar di bawah.
Potong lebihan di bucu C (ikut anak panah) supaya sama rata.. gunakan penyepit untuk bakar bahagian bucu C tadi.. lepas bakar, cepat2 kepitkan dgn penyepit supaya ia melekat..
Gunting pula bahagian bawahnya (ikut anak panah)..dan bakar supaya tiada benang2 berlebihan..
Tadaaaa dah jadi satu kelopak bunga.. :D Ulang semula step kat atas ni supaya dapat banyak lagi kelopak bunga..
Letakkan sedikit gam pada hujung kelopak dan cepat2 lekatkan dengan kelopak yang lain (buat jangan comot2.. hihi). Comelkan bunga yang dah siap tu.. Nak cantik lagi tambah manik atau apa-apa hiasan pada bahagian tengah..
Macam yang saya cakap tadi, ikut kreativiti masing-masing.. Bunga warna putih kat bawah ni saya doublekan dengan bunga warna lain yang lebih kecik supaya nampak lebih menarik..
Jangan lupa potong kain felt bentuk bulat macam gambar kat bawah ni, then lekatkan pada bahagian bawah bunga.. saiz boleh agak2 sendiri ya.. boleh guna duit 20sen :) Kemudian gamkan bunga tadi pada getah rambut..
Tadaaaaaa dah jadi getah rambut bunga2.. hehehehe.. Next time kita buat cekak pulak.. :D
Ok itu saja nak cerita.. Cuba la buat kat rumah.. :D
Cantiknyeeeee ♥
ReplyDeleteakaq mcm mana pulak kalo guna riben? sama ke cara dye?
ReplyDelete