Kalau anda perasan belakang duit syiling 20sen ada bunga melur. Apa makna bunga melur pada 20sen ni? Bunga melur melambangkan keistimewaan tiga kaum di Malaysia. Bau harum bunga ini menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti perkahwinan dan acara keagamaan dan juga terdapat juga pada hasil tangan seperti sulaman dan ukiran perak.
Apa yang kita boleh buat dengan duit 20sen ni ya??
Mesin basuh kat asrama |
haaa... kumpul 20sen banyak-banyak lepastu boleh pergi dobi basuh baju.
Telefon awam yang dah jarang digunakan |
Kalau kredit handphone dah habis, tetibe lak ada kecemasan, lari lah pergi telefon awam. kan boleh guna 20sen tuu.. hihi
Gores dan tak menang2 |
Yang ni memang selalu guna. Bila tiap kali beli topap, takkan nak gores guna kuku kan, 20sen ni leh guna gak untuk gores kad topap..
ohh aiskrim~ |
aaaaaa sedapnyaa.. ni masa zaman dulu bole beli 20sen je. sekarang?? ehh sekarang jarang kot nak jumpa aiskrim batu malaysia ni lagi. sedap wooo!
Haaa boleh lukis lagi taw.. |
Untuk budak-budak sekolah yang baru belajar pasal kira2 ada gambar duit syiling tu leh tekap je tayah susah2 lukis dalam buku latihan. (syiling lain pon boleh gak sebenarnya..kahkah)
Gambar blurr |
Akhir sekali, duit syiling 20sen leh hilangkan bosan korang taw. Caranya, jentik sikit 20sen bagi dia berpusing pastu tengok je dia sampai berhenti. hahahah. korang mesti penah buat kannn?? :P
Ingat lagi masa kecik-kecik kadang2 minta mak 20sen sebab nak beli jajan.. haha. Femes sebenarnya 20sen ni.. Itu saja nak cerita pasal syiling 20sen.. Korang ada idea lg apa boleh buat dengan 20sen ni ??
BAGUS
ReplyDelete