Nuffnang ads

Friday, June 19, 2015

Freebies dari T3 Acne BodyWash dan Acne Facial Foam

Assalamualaikum..
body wash and facial foam


hokey.. nak buat entry barang free lagi. hihihi. Sample yang kiut miut ni buat aku eksaited and sayang pulak nak pakai. bole simpan buat pekasam tak?? ops. Bagi yang belum pernah cuba boleh baca dulu mengenai sabun T3 ni ye.

T3 Acne Body Wash merupakan sabun jerawat badan yang pertama di Malaysia. Ia dirumus khas oleh agen bakteria dan minyak pokok teh semula jadi Australia untuk badan yang berjerawat. Sabun badan ini tidak akan mengeringkan badan anda tetapi ia akan melembutkan badan. Kulit badan anda lebih tebal daripada muka, dengan itu ia lebih mudah untuk tersumbat. Minyak pokok teh semula jadi Australia tidak akan membuatkan liang roma anda tersumbat. Manakala agen bakteria pula akan membunuh bakteria untuk membantu mencegah dan melawan jerawat badan. Sabun ini juga mengandungi pH 5.5 dimana ia lembut untuk kulit dan membantu mengekalkan mantel kulit semula jadi.

Punca-punca jerawat badan:

  • perubahan hormon
  • diet
  • tekanan
  • reaksi terhadap produk
  • Acne mechanica - disebabkan kerengsaan pada kulit seperti pakaian ketat, beg galas, tempat duduk kereta, tilam dan latihan (workout).
common area of body acne

step how T3 product works

T3 Acne Facial Foam dirumus dengan Australia Natural Tea Tree Oil dan agen bakteria yang berkesan dalam mengawal dan mencegah tercetusnya jerawat. Ia mengandungi Australia Natural Tea Tree Oil yang bertindak sebagai antiseptik semula jadi untuk elak liang roma daripada tersumbat dan Triclosan untuk memerangi Jerawat Propionibacterium.

Bahan-bahan T3 Acne Facial Foam

  • water
  • cocamidopropyl hyroxysultaine
  • acrylates copolymer
  • decyl glucoside
  • sodium cocoyl isethionate
  • melaleuca alternifolia (tea tree) leaf oil
  • phenoxyethanol
  • triclosan
  • panthenol
  • allantoin
  • imidazolidinyl urea
  • lavandula angustifolia (lavender) oil
  • sodium hydroxide
  • methylparaben
  • disodium EDTA
  • octadecyl dit-bytyl-4-hydroxhydrocinnamate
  • ethylparaben
  • propylparaben
  • butylparaben
Bagi yang mengalami masalah jerawat badan boleh lah mencuba produk ini ya. Sabun badan T3 agak berkesan tetapi anda perlulah pakai dengan konsisten. Ini kerana badan kita setiap hari mengeluarkan minyak jadi perlulah di bersihkan dengan sabun yang elok seperti sabun T3. Memang berkesan ! Saya dah cuba, anda bila lagi.. 

REXONA Anti-Perspirant Deodorant

Assalamualaikum.

Hai.. lama dah rasanya tak update belog ni. Almaklum la busy menjaga anak-anak buah..idea nak menulis pon tak menyempat fikir. Since harini jumaat and esok cuti, tetiba pulak rasa semangat nak share sesuatu.. Harini posmen datang and bagi sesuatu yang best.. apakah?? dah tentulah barang PERCUMAAAA !! hahaha. sebenarnya dapat benda ni sebab redeem point terkumpul masa jawab soalan page vaseline.. so, aku decide nak redeem REXONA  sebab nya aku akan dapat 4 botol deodorant yang kiut miut. boleh la bagi sorang satu dekat anak buah yang busuk2.. ehhhhh.. :P

rexona women

Bagus jugaklah dia bagi sama jenis, kalau jenis lain2 mau berebut reramai.. deodorant ni jenis cecair atau 'roll-on'. alaa yang ada bola2 dalam tu.. ekceli aku tak berapa minat yang cecair ni tapi tak pa.. benda free sanggup pakai okay.. memang aku ni pencinta rexona lah kiranya.. dari dulu pakai rexona sampai lah sekarang~

Rexona women roll-on ada macam-macam jenis.. antaranya original protection (all day dryness, stress control), sensitive skincare, anti-stains, special fragrances, dan active and energising. So korang pilih la yang mana sesuai dengan kulit dan kehendak korang ye.. ini baru roll-on dah banyak macam ni, belum lain masuk spray, stick dan soft solid. Jadi sebelum pergi kedai silalah kaji betul2 mana yang sesuai ye..kalau tak nanti naik juling sampai kedai taktau nak beli mana satu. hihihi

Bahan-bahan Rexona Women Passion All Day Dryness (48hrs anti-perspirant deodorant)
  • Water
  • Aluminium Chlorohydrate
  • Steareth-2
  • Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil
  • Perfume
  • Steareth-20
  • Silica dimethyl
  • Silylate
  • Disodium EDTA
  • Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxhydrocinnamate
REXONA Women Passion with dry shield, vibrant floral fragrance and all day long-lasting dryness protection.

Tuesday, June 9, 2015

Kangen Water Air Penawar Kesihatan

air alkali
Kangen Water adalah air minuman yang sihat yang kaya dengan mineral, bersih daripada kekotoran, dan di ionkan melalui proses elektrolisis. Air kangen adalah pilihan yang sangat baik untuk proses penghidratan yang sihat. Bukan sahaja ia sedap dan menyegarkan, tetapi ia juga membantu anda mengelakkan kekotoran dari air paip dan menjimatkan wang. Jika memerlukan air yang segar, jelas, dan tulen dengan rasa yang menyenangkan dan mempunyai mineral untuk kesihatan badan anda, menggunakan mesin alkali kangen water di rumah adalah penyelesaiannya.
Kangen Water telah digunakan di hospital-hospital Jepun selama lebih 30 tahun untuk merawat pelbagai keadaan penyakit. Ia juga merupakan satu-satunya pembuat mesin air ionizer dalam industri yang menerima cop Gold Standard daripada persatuan kualiti air antarabangsa iaitu Water Quality Association (WQA). Kangen Water juga telah disahkan sebagai alat perubatan oleh Kementerian Kesihatan Jepun.

Skrin LCD dan suara panduan pada alat akan menerangkan kepada anda air yang dihasilkan (Air Kangen, Air Acid, Strong Acid, Strong Kangen dan Air Neutral) dan juga ia memberi maklumat yang diperlukan. Operasi ini sangat mudah kerana hanya perlu menekan butang sahaja untuk memilih air yang diinginkan. Mesin ini boleh menghasilkan air dengan pH yang berbeza mengikut citarasa pengguna.
Di Malaysia, kangen water ini masih lagi baru dan kurang dikenali berbanding di Indonesia. Anda boleh cuba mencari testimoni Kangen water di internet dan kebanyakkan adalah dari Indonesia.

Jenis-Jenis Air Kangen

pH 11.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai strong kangen water. Digunakan untuk membersihkan kotoran. Ia boleh mencuci buah-buahan, sayuran, pinggan mangkuk, minyak dan kotoran lain. Tidak perlu menggunakan sabun untuk mencuci kotoran degil.

pH 8.5, 9.0, 9.5 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air minuman. Digunakan untuk diminum supaya dapat mengimbangkan pH dalam tubuh badan. Juga boleh dibuat memasak atau dibuat air seperti milo, kopi dll. Selain itu, boleh juga digunakan untuk menyiram pokok untuk meningkatkan kesuburan dan kesegaran tanaman itu.

pH 7.0 (boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air neutral. Air ini bersig dan tiada klorin sesuai untuk makan ubat dan juga untuk makanan bayi. Bayi sememangnya berada dalam keadaan alkali jadi tidak perlu untuk minum air alkali lagi.

pH 4.0 - pH 6.0 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid. Digunakan untuk kecantikan kulit muka atau mana-mana kulit, penjagaan rambutdan pembersihan haiwan.

pH 2.7 (tidak boleh diminum)
Juga dikenali sebagai air berasid kuat. Mampu membunuh kuman dan bertindak seperti antiseptik. Digunakan untuk merawat kulit luka, kulit gatal dan yang telah terkena jangkitan kuman. Air inilah yang digunakan di hospital negara Jepun untuk merawat pesakit yang mengalami luka luaran, kudis bernanah dll.



untuk luaran

pH.9.5
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh baca di SINI

Bagi yang tinggal di kawasan sekitar Ampang boleh hubungi nombor di bawah untuk beli air ni seperti dalam gambar di atas. Kalau saving ada banyak boleh beli mesin Kangen dengan harga lebih kurang RM12k dan boleh buat bisnes jual air alkali.


Air alkali seperti gambar di atas cuma RM10. Manakala set  kecantikkan/luaran (gambar) cuma RM30. 


Sila hubungi:

016-915 9957 (YATI)

0111-230 1472 (WIS)



Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...