Nuffnang ads

Wednesday, June 3, 2015

Tayba Speedmart - Kedai Arab

Hari ni nak cerita mengenai speedmart arab yg aku pergi di Desa Pandan. Ni kali kedua aku pergi. Dulu pergi masa tak aktif berblogger. Kahkah. Actually, ada beberapa cawangan, tapi yang biasa pergi kat desa pandan ni la.
Kedainya besar juga dan macam-macam adoo..Nama kedai ni TAYBA SPEEDMART..
Desa pandan

Disebabkan sampai ke sana masa awal bulan dapat lah grab beberapa makanan yang tak pernah di makan. Klu ikutkan hati yang dalam peti sejuk tu pon teringin nak beli. Tapi xpa satu satu dulu kan. Hihi.

So ni dia apa aku dapat...
coklat dan biskut
Figs and Walnut Filled Cookies
Chocolate Cream 
cuka kurma dan delima
Cuka Delima & Cuka Kurma 
kismis
Kismis 
Ok now nak komen cookies tu plak. Cookies tu isi dia ad perisa lain lain. Yang ni agak mahal sbb ada kacang dan buah tin. Harga RM18.90 ada 12 bungkus dalam kotak. Rasanya agak manis bagi yang ada gigi berlubang. Hahahaha. Tapi bagi aku okay la sebabnya biskut tu tawar, makan dengan isi memang sedap dan kenyang. Agak besar jugak ya.
Coklat krim tu pulak plain je rasa manis sebab dia takda campur kacang ke apa. Makan sapu dengan roti not bad juga. Yang ni harga RM5.20 sahaja.

Untuk cuka-cuka tu sebenarnya mak yang beli. Cuka tu minum dengan air,banyak khasiat tu. Cuka delima tu memang pekat,cuma 1 sudu untuk 1 mug pon dah okay. Harga dalam RM6 botol kecil. Cuka kurma pula jenis cair macam jus tapi tetap minum campur air. If terlebih masam boleh campur gula STEVIA RCC yang family saya amalkan. Hiee.

Itu sajaa.. sila lah ke kedai pak arab. Hihihi. Cream Cheese, pudding, air 3in1,kuih arab, kurma, madu, dan banyak lagi boleh geram2 tengok kat speedmart .. hiee.. 


Tuesday, June 2, 2015

VivaVideo - Video Editor

edit video
Ini lah logonya yaa
Hye all.. siapa kat sini suka edit mengedit sila angkat tangan !! kahkah.. dulu bab edit gambar memang favourite aku lah.. bosan satu app tukar app lain.. memang tu hobi aku.. satu hari terjumpa lah pulak Video Editor ni.. Viva video nama nya.. pehh 1st time edit memang dah rasa best.. sebab apa?? korang tengok lah sendiri contoh kat bawah tu ye. :)


VivaVideo adalah salah satu aplikasi kamera video & editor video yang terbaik di pasaran Android. Ia mempunyai lebih 50 juta pengguna di seluruh dunia setakat ini dan telah muncul dalam Google Play banyak kali, dikedudukan No.1 applikasi editor video & pembuat video percuma dalam 70+ negara. Dengan VivaVideo, anda boleh membuat cerita video anda dengan mudah dan berkongsi dengan rakan-rakan anda & keluarga, mengubah momen setiap hari ke dalam karya-karya seni yang anda mahu.

Ciri Utama VivaVideo V4 

Lensa Video Camera yang Kreatif
  • Sokong berbilang pilihan penangkapan: Basic/Selfie/FX/Funny/Music Video/Collage
  • Kamera selfie eksklusif dengan tujuh kanta menarik
  • Gunakan sembilan kanta lucu untuk bermain "kemahiran prank" anda.
  • Rekod video terutama bagi Instagram & Vine

Mencipta Filem Bergambar
  • Cara yang paling mudah untuk menjadikan gambar anda ke dalam karya filem dan mencipta video tayangan gambar dalam beberapa klik!

Mencipta Video Kolaj Unik (PIP)
  • Gabungkan klip ke dalam satu cerita dengan banyak template kolaj yang hebat & mewah

Video Editor yang Hebat
  • Mudah untuk menggunakan alat penyuntingan profesional
  • Kurangkan dan gabungkan klip video dalam penyuntingan papan cerita
  • Meningkatkan video anda dengan pelbagai teks, FX, pelekat, muzik, penyaringan, peralihan dan live dubbing

Semua Bahan PERCUMA untuk Muat turun
  • 200+ kesan khas termasuk Pelekat Animasi / Tema / Penyaringan / FX / Teks / Peralihan

Eksport and Kongsi
  • Eksport video anda ke galeri pada bila-bila masa
  • Kongsi kerja anda ke Facebook, Youtube, Instagram, WhatsApp, Facebook Messenger, Line, e-mel dan lain-lain



Boleh letak lagu cecomel but still nak suara ori dari video or nak silent video pon boleh. Tambah lagi boleh letak theme yang macam-macam adoo..


Yang ini filem bergambar. Boleh ubah masa nak bpe saat per slide. cuma gambar saya tak clear sgt sebab henfon. if henfon canggih lagi cantik taw! 

see.. comel kan buat video macam ni. :D

Monday, June 1, 2015

Sakit Ulser Mulut

Assalamualaikum..

Hai semua.. apa khabar sihat ke? hehehe. Rasa macam dah lama tak buat entry ye.. Harini tetibe rasa nak cerita mengenai ulser.. eii entah kenapa laa sejak dua menjak ni rajin bebenor ulser ni keluar. Baik satu, keluar lain pulak. Haish..

Punca ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit (ni biasa aku kena), terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Last week aku kena ulser dekat bibir.. bukan main besar.. sakit dia tak tau nak cerita macam mana. Sampai ke gigi atas bawah semua sakit.. haa kalau dah gigi pon ikut sakit memang nak makan pon tak boleh.. menderita gila.. dah cuba macam-macam.. minum air banyak, minum CMD.. Then tetiba terasa nak cerita kat kawan sorang ni, dia suggest berkumur dengan air garam suam-suam. Katanya ulser tu sakit sebab dia luka, bila luka mulut kita basah ada bakteria.. sebab tu rasa sakit. Jadi untuk hilangkan sakit gunalah garam.. katanya lagi dulu masa zaman Nabi pon guna garam untuk sembuh kan luka (korang boleh cari sendiri kisahnya yaa..hihihi.)

Jadi nak tak nak walaupun pedih, buat jugak la.. and tadaaaaa lepas je berkumur terus boleh makan dan sakit ulser tu hilang terus. Kalau lah aku tau guna garam je boleh baik terus takda lah aku tahan sakit berhari-hari.
Lepas ni kalau kena ulser mulut korang boleh la berkumur je dengan air garam ye.. alaa tahan sakit kejap je lepas tu dah bebas nak makan ke, nak bercakap ke, nak berkaraoke ke.. hahahha. Oh yaa untuk pengetahuan korang juga, berkumur dengan garam juga boleh sembuh kan sakit gigi ya..

Ok la selamat mencubaa J

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...