Nuffnang ads

Saturday, April 18, 2015

Review Produk Nourain Skincare

Apa yang menarik mengenai produk ni:
  • Tahan lama
  • Tidak mahal
  • Bahan dari herba2
set nourain untuk kulit berjerawat


Produk ni ada 3 set ikut kemampuan memasing la. Untuk set paling murah rm50 itu pon boleh tahan 2 bulan. Tapi jenis macam aku yang berjimat ni, sabun tu potong jadi 8 bahagian, pakai sabun sehari 2 kali boleh tahan 3bulan. Yup serius! Dan sabun ni tak keringkan muka aku langsung walaupun kadang2 aku pakai 3kali sehari.

Disebabkan aku yang jenis pemalas nk pakai krim waktu siang, produk ni just pakai krim jerawat pd waktu malam sahaja sebelum tidur. Senang kan?
Apa yang best dengan krim jerawat ni adalah ia cpt kecutkan jerawat yg tengah merah2 nak membesar tu. So korang tyah la stress tahan sakit lelama..

krim malam untuk kulit jerawat
Ni night krim

Lagi satu benda best adalah toner. Toner ni memang besar botol dia dan berbau anggur!. Aku pakai dah 3 bulan tak habis lagi. Senang nak pakai sebab botol spray. Kadang2 tu over spray bebanyak sebab best. Hahaha

toner
haa ni toner.. nampak tak kaler purple cam buah anggur tu.

Untuk yang selalu rajin keluar tu boleh lah pakai uv foundation skali. Jenis macam aku yang duduk dalam gua ni mmg tak guna uv krim. Wlaupun dh 3 bulan still penuh lg dalam bekas. Lagiiii jimattt! Texture krim ni jenis ringan, tak pekat. Jenis muka aku yang kuat berpeluh tak sesuai sgt la pakai. Tapi kannn lepas berpeluh nampak lagi glowing la jgk muka. hihi. korang lap je guna tisu peluh2 tu lepastu muka dah ok dan tak rasa melekit pon.

UV foundation nourain
UV + Foundation

Selain tu serum pon x kurang jgk bes pakai.. muka nampak segar n tak berminyak pon. Selesa pakai waktu siang.

Korang yang mana ada masalah jerawat yang susah nak hilang tu try la cuba,kot2 serasi ke kann.. hihi..  Apa yang penting produk ni adalah BUATAN MALAYSIA, ada lulus KKM, HACCP, GMP dan Halal.


Friday, April 17, 2015

Katak oh Katak

Dapat esaimen tulis cerita pasal katak la pulak..pikir punya pikir pengalaman dengan katak memang takda.. yang ada cuma main longkang depan rumah tangkap berudu je masa kecik2 dulu.. then susun dia reramai kt tepi longkang masa tetengah panas. -.-' time tu tak terpikir langsung berudu tu akan mati kan. ish ish ish
Mesti ada yang tak pernah tahu katak tu apakebenda kan???.. haa nindiaaa...:P

mengenai katak
SUMBER : GOOGLE


KATAK adalah amfibia tidak berekor dengan badan yang pendek, kulit licin, lembap, dan kaki belakang yang panjang untuk melompat.

APA ITU AMFIBIA??
★Haiwan berdarah sejuk.
★Hidup di atas tanah atau di dalam air (kira dua alam laa ni.. tapi bukan pond*n k..)
★Bernafas dengan insang ketika kecil (berudu) dan dengan paru-paru ketika dewasa.


Ok kat bawah ni macam mana nak sebut KATAK dari beberapa bahasa yang berlainan..

French  - Grenouille
Dutch   - Kikker
Filipino - Palaka
Mongolian & Georgian - Frog
Latin & Itali - Rana                            
Japan - Kaeru

Habis dah cerita pasal katak. Daa~


Idiom of  the day,
                "If a Toady Frog Had Wings, He Wouldn't Bump His Ass"
                           (Adalah sia-sia inginkan sesuatu yang mustahil)

Wednesday, April 15, 2015

Tutorial : Cara Buat Bunga Menggunakan Riben atau Kain

Kali ni nak buat tutorial cara buat bunga. Bunga ni bila dah jadi comel taw.. Boleh jadi sebagai hiasan pada cekak, getah rambut atau pin tudung. Kebanyakkannya ramai yang buat bunga ini untuk dijadikan brooch/pin. Yang mana kreatif boleh la gubah ikut kreativiti masing-masing. Tutorial ni just nak tunjuk cara buat bunga yang mudah untuk mereka yang baru ingin mencuba.

Apa yang korang perlukan:

  • Kain/Riben (Saya guna kain perca mak saya. hihi)
  • Lilin.
  • Gam (Gam yang rupa pistol tu lebih mudah a.k.a gluegun)
  • Gunting
  • Penyepit besi.
  • Manik Mutiara dll
  • Pin, cekak, getah rambut dll
  • Kain felt

Apa yang korang kena buat mula-mula adalah potong kain/riben jadi segi empat tepat. Yang ini mudah tak perlulah tunjuk cara potong kan. hihi.. untuk ukuran yang saya buat ni adalah 5 x 5 cm. (jangan terlalu kecil nanti susah pulak nak lipat..).. buat 5 atau 6 keping ikut kepada berapa kelopak anda mahu. Contohnya macam gambar kat bawah ni..

kain perca


Nampak tak kain tu berbulu tepi2 dia.. tak cantikkan.. jadi untuk hilangkan benang2 tu kita bakor je diaa. Saya gunakan lilin sebab lebih mudah (boleh direct guna lighter).. Just bakar keliling kain sahaja.. Ok kalau perasan api tu ada dua warna kan, atas oren, bawah biru.. sila bakar pada api yang berwarna biru (api bahagian bawah ye..). haaaa kalau korang bakar guna api oren tu memang jadi hitam la kain tu.. xcaya cuba lah.. Hahah

kain perca dibakar


Lipat kain tadi supaya jadi tiga segi.
Ambil bucu B dan lipat ke bucu C macam gambar kat bawah ni. Then, amek bucu A lipat ke bucu C juga.
kelopak bunga


Ok now dia dh jadi segi empat kan.. lipatkan ke belakang supaya jadi seperti gambar di bawah.

kelopak bunga


Potong lebihan di bucu C (ikut anak panah) supaya sama rata.. gunakan penyepit untuk bakar bahagian bucu C tadi.. lepas bakar, cepat2 kepitkan dgn penyepit supaya ia melekat..

kelopak bunga


Gunting pula bahagian bawahnya (ikut anak panah)..dan bakar supaya tiada benang2 berlebihan..

bakar kelopak bunga


Tadaaaa dah jadi satu kelopak bunga.. :D Ulang semula step kat atas ni supaya dapat banyak lagi kelopak bunga..

kelopak bunga yang dah siap


Letakkan sedikit gam pada hujung kelopak dan cepat2 lekatkan dengan kelopak yang lain (buat jangan comot2.. hihi). Comelkan bunga yang dah siap tu.. Nak cantik lagi tambah manik atau apa-apa hiasan pada bahagian tengah..

bunga brooch


Macam yang saya cakap tadi, ikut kreativiti masing-masing.. Bunga warna putih kat bawah ni saya doublekan dengan bunga warna lain yang lebih kecik supaya nampak lebih menarik.. 

bunga brooch


Jangan lupa potong kain felt bentuk bulat macam gambar kat bawah ni, then lekatkan pada bahagian bawah bunga.. saiz boleh agak2 sendiri ya.. boleh guna duit 20sen :) Kemudian gamkan bunga tadi pada getah rambut..

getah rambut


Tadaaaaaa dah jadi getah rambut bunga2.. hehehehe.. Next time kita buat cekak pulak.. :D

getah rambut


Ok itu saja nak cerita.. Cuba la buat kat rumah.. :D






Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...