Nuffnang ads

Wednesday, April 15, 2015

Tutorial : Cara Buat Bunga Menggunakan Riben atau Kain

Kali ni nak buat tutorial cara buat bunga. Bunga ni bila dah jadi comel taw.. Boleh jadi sebagai hiasan pada cekak, getah rambut atau pin tudung. Kebanyakkannya ramai yang buat bunga ini untuk dijadikan brooch/pin. Yang mana kreatif boleh la gubah ikut kreativiti masing-masing. Tutorial ni just nak tunjuk cara buat bunga yang mudah untuk mereka yang baru ingin mencuba.

Apa yang korang perlukan:

  • Kain/Riben (Saya guna kain perca mak saya. hihi)
  • Lilin.
  • Gam (Gam yang rupa pistol tu lebih mudah a.k.a gluegun)
  • Gunting
  • Penyepit besi.
  • Manik Mutiara dll
  • Pin, cekak, getah rambut dll
  • Kain felt

Apa yang korang kena buat mula-mula adalah potong kain/riben jadi segi empat tepat. Yang ini mudah tak perlulah tunjuk cara potong kan. hihi.. untuk ukuran yang saya buat ni adalah 5 x 5 cm. (jangan terlalu kecil nanti susah pulak nak lipat..).. buat 5 atau 6 keping ikut kepada berapa kelopak anda mahu. Contohnya macam gambar kat bawah ni..

kain perca


Nampak tak kain tu berbulu tepi2 dia.. tak cantikkan.. jadi untuk hilangkan benang2 tu kita bakor je diaa. Saya gunakan lilin sebab lebih mudah (boleh direct guna lighter).. Just bakar keliling kain sahaja.. Ok kalau perasan api tu ada dua warna kan, atas oren, bawah biru.. sila bakar pada api yang berwarna biru (api bahagian bawah ye..). haaaa kalau korang bakar guna api oren tu memang jadi hitam la kain tu.. xcaya cuba lah.. Hahah

kain perca dibakar


Lipat kain tadi supaya jadi tiga segi.
Ambil bucu B dan lipat ke bucu C macam gambar kat bawah ni. Then, amek bucu A lipat ke bucu C juga.
kelopak bunga


Ok now dia dh jadi segi empat kan.. lipatkan ke belakang supaya jadi seperti gambar di bawah.

kelopak bunga


Potong lebihan di bucu C (ikut anak panah) supaya sama rata.. gunakan penyepit untuk bakar bahagian bucu C tadi.. lepas bakar, cepat2 kepitkan dgn penyepit supaya ia melekat..

kelopak bunga


Gunting pula bahagian bawahnya (ikut anak panah)..dan bakar supaya tiada benang2 berlebihan..

bakar kelopak bunga


Tadaaaa dah jadi satu kelopak bunga.. :D Ulang semula step kat atas ni supaya dapat banyak lagi kelopak bunga..

kelopak bunga yang dah siap


Letakkan sedikit gam pada hujung kelopak dan cepat2 lekatkan dengan kelopak yang lain (buat jangan comot2.. hihi). Comelkan bunga yang dah siap tu.. Nak cantik lagi tambah manik atau apa-apa hiasan pada bahagian tengah..

bunga brooch


Macam yang saya cakap tadi, ikut kreativiti masing-masing.. Bunga warna putih kat bawah ni saya doublekan dengan bunga warna lain yang lebih kecik supaya nampak lebih menarik.. 

bunga brooch


Jangan lupa potong kain felt bentuk bulat macam gambar kat bawah ni, then lekatkan pada bahagian bawah bunga.. saiz boleh agak2 sendiri ya.. boleh guna duit 20sen :) Kemudian gamkan bunga tadi pada getah rambut..

getah rambut


Tadaaaaaa dah jadi getah rambut bunga2.. hehehehe.. Next time kita buat cekak pulak.. :D

getah rambut


Ok itu saja nak cerita.. Cuba la buat kat rumah.. :D






Tuesday, April 30, 2013

Sailing Trip with friends on 26 April - 29 April, from Lumut to Penang.

yeayyy habis dah berlayar bersama rakan2.. maka selesai la praktikal untuk beberapa subjek untuk sem 4 ni. pheww! macam2 pengalaman dapat masa atas kapal.. yang best banyak, x kurang jgk yang x berapa best nye tuu. hehe.
First, hari pertama tu kami seramai 21 orang bertolak dari UITM Arau ke Lumut.. ada la dalam 6 ke 7 jam gituu. masa dah smpai tu kami dengar taklimat dari pengarah FRI Lumut.. Merasa jugak la masuk bangunan FRI tu kan. hehe. Then dalam pukol 6.30 petang kami pon dah mula naik kapal. kapal apa?? KK Senangin 2.. haa. kapal ni x berapa besar. tapi siap muat la kami  student yang ramai ni untuk tidoo. katil sorang satu lagi taw..
ok first day just borak2 biasa berkenalan dengan kapal, crew kapal, makan.. haa makan ni penting.. selagi x tido selagi tu kitorg mengunyah je.. hahaha. terok betol.. ok then, malam tu kami bahagi group untuk duty jaga kapal. hari pertama mmg semangat semua ikot jadual.. masuk hari ke 2, 3.. nahh.. memasing x mau bangkit. hahaha. adoii..
masa aku duty hari pertama tu.. dalam pukol 2 pagi, sorang crew kata kat luar nk ribut.. woaa. mmg waktu tu aku tgk angin kuat la jgk.. besok pagi nyaa aku tgk mmber2 aku muka dh pucat, tahan pening, tahan muntah semuaa. time tu aku cool lagi. siap duduk kat tangga sensorang layan keindahan.. aicehh.. mmg pagi tu air laut x brpa baik, kapal goyang2.. peh !.. masuk ke 11 pagi cenggitu... aku pgi pulak brdiri tgk org tengah turunkan pukat kat sblah blk enjin.. nah, pengudaraan mmg x stabil la, dgn panas, dgn bau minyak.. baru 2 minit diri situ aku dah mula loyaa. omagadddd ! mula dari waktu tu smpai ke ptg aku rsa nk nangis sbb xtaw nk buat cemana.. tgk mmber2 muntah.. aku pon follow sekali. hahahah.. EMPAT KALI muntah woiii !!. tapi best la jgkk.. bukan selalu nk merasa muntah2 ni kan.. lagi2 reramai. HAHAHA !
ok2.. tengahari tu aku mkn nasik tomato..tukang masak mmg power.. masak sedap woaa!
paling best atas kapal pon bole buat ala2 kedai.. bawak tong gas ke luar, bawak kuali ke luar, masak char kuey teow sorang2 mcm kat kedai. hahaha. aku yang x makan kuey teow ni pon ttbe bole layan taw !. lagi2 dpt mkn mknn fresh.. udang besar pulakk.. nyummm.. bila la nk merasa lagi ni..
selain makan, tido x berenti.. kitorang mesti la ade kelas kan.. dah nama pon praktikal. goyang2 la kepala sikit masa nk dngr explaination tu.. al maklum la ombak bnyk.. hehe.. untuk kelas navigation mmg aku kelaut sbb dah pening sgt.. untuk kelas enginee.. time ni aku dpt masuk bahagian engine.. wow! x taw nk kata cemana..
ekceli semua yg dia explain tu benda yang kami dah belajar, tapi bila duduk atas kapal lagi nampak semua laa kan..part paling aku rasa ketinggalan zaman bila smapi ke penang.. lalu bawah jambatan tuu, heran gila aku kenapa xda keretaa.. kenapa jambatan ni x habis buat ni ??? oh rupanya tu  jambatan pulau pinang yg keduaa.. mak dato! panjang nyaaaaa!! tetibe rasa bangga sbb dah lalu walaupon jambatan tu x siap lagi. hahaha..
pengalaman masa hari ketiga.. sea survival la yg paling best plus nerves sebab kena terjun kapal.. hahaha.. tp bila dh terjun gelak kemain haaa.. so bila dh gelak2, tetiba satu member aku terkena 'ciuman' obor-obor pulak dah.. ya Allah kesiannya diaaa.. T_T mujur dh sampi penang, dekat gila dgn darat.. so crew kapal pon hantar dia ke sepital pulau pinang..esk nya aku tgk dia dah happy..no more sakit2... Alhamdulillah.. :)

em dalam banyak2 crew kat situu. aku paling suka Che Din.. haha. umur pon dalam 58 tahun mcm tu laa.. dia peramah, suka buat lawak.. ade je benda yang dia nak ceritaa.. sambil2 dia cerita, dia bagi nasihat.. rasa mcm ayah sendiri laa.. :)
nak cerita dari hari ke sehari mmg aku ni cpt ilang ingatan, jadi x mampu.. so aku cerita yang mana aku igt je laa. hahaha. so masa atas kapal tu pon kami ada belajar cara2 nk ikat tali kapal. sapa yang ajar?? abg Jan ajar. hahaha..abg jan suka usik orang.. lagi2 masa aku tgh loya terok. ciss.. so, ikat tali ni xde la susah mana ponn... bila dah faham, senang je.. kreatif jgk la sape yg pkir pasal ikat2 tali ni..
Untuk tunda pukat pulak, still abg jan yg uruskann.. woaa.. hasil dia macam2 adaaa.. udang lipan, udang x macam lipan pon adaaa, sotong, ikan pari, adek beradik ikan semua ada. hahaha. kalau aku makan ikan mesti aku eksaited terokk.. nasib ada jgk udang sotongg.. jadi eksaited la jgk..HAHA. second time tunda pukat dpt ikan pari besar ! pehhh! first time tgk ikan besar tuu.. terharu i rasaaa taw. :P

so masa last day kitorg kat atas kapal tu, kitorang just gotong royong bersih kan dapor, bilik... lepas brsihkan dapor, kotor balik.. -.-' masa last day tu rasa xmau balik.. sbb rasa sekejap sgt dpt kenal semua yg bekerja atas kapal tuu.. singkat nya masaa.. harap dapat jumpa lagi lain kali.. apa2 pon crew kapal sangat baik, peramah, mesra.. x lekang dengan senyuman.. even 4 hari rsa senang je nk berkomunikasi dgn semua.. :D waktu ni jgk dapat spent time dgn kawan2.. makan sama2,tido sama2, muntah sama2.. hehehe..

berlayar
pukul 7 pagi alarm berbunyii ! fire drill time !

berlayar
muka baru bangun tido.. amrey, bob, qairi, syarul, yat, farah..

belajr ikat tali
belajar mengikat tali.

tangkap ikan
tunda pukat

sea survival
sea survival

sea survival
wee keretaapiii.lol

sea survival
macam mana nak gain heat reramai bila dlm air. :)



ok dahh.. sikit je bole uplod gambar. x bole banyak2. hehe. daaa~

Friday, March 1, 2013

A-DHA Skincare

Helloooooooo.. sekarang tengah menghitung hari nk balik Arau. Tinggal lagi 2 hari je. huaa. sedih nyee. Boring2 ni tetibe rsa nk menaip lak an, so ni tengah eksaited dengan A-DHA skincare. Harini first time guna sabun ADHA dan serum Vit c. Dengar kata lepas sebulan pakai 1 set dah boleh nampak result dia kan, so sabar je la tnggu sampai sebulan. Hope x mengecewakan lah ye.

review produk
Ini lah dia.. hehe
macam mana aku boleh tertarik dengan produk ni? Ekceli dulu aku penah guna krim yg mcm ni, beli kt pasar malam je. Just pakai krim siang and malam jerawat ok, but kena pakai selalu, bila stop jerawat naik balik. Lagi satu, krim yg aku pakai tu menggelupas tahap.. huarghhh!! merah2 muka taw!. xmo3.

Bila tengok ramai testiomoni org kata produk adha ni ok, aku pon rasa nak try lah kan. Tanya kat akak tu, dia kata dia pakai x menggelupas terok pon, sikit2 jek. So, aku rasa krim yg aku beli kat pasar malam tu TIRUAN??? hoh! xpe la, aku laburkan duit aku, aku nk try yg Original, dihantar terus dari Indonesia ok. hehe

emm, 1st untuk permulaan aku try pakai serum sahaja. ok. not bad. muka rsa licin padahal pakai baru sehari. Ni x tipu. Dulu rasa nak beli on9 ni macam was2 en, tapi bila sendiri da pakai baru bole komen. Untuk serum aku bagi GOOD ! hohoooo

Dah macam2 produk aku try, still kulit muka jenis sensitif, pakai pencuci muka pon dia x mau hilang jugak. sedih mcm ni kan. T_T xpa laa, yang penting kena usaha jugak. huhu.

Lagi satu, untuk sesape yang kulit berminyak tu, aku sarankan korang try amek vitamin c. 1st aku amek dr Felinna. Betol la, ikot apa yang testimoni aku baca, Memang nampak kesan tu. Lepas 3 hari aku makan, kulit x terasa berminyak. Macam mana aku bole perasan? selalunya bila lps mandi tu, goreng ikan kat dapor, terus muka jadi muka x mandi kan. haaa sape kulit mcm aku, dia taw lah tu. hehe. Pas 3 hari mkn vitamin c, goreng ikan and still muka good good. muahaha! now sampai sekarang dah masuk 5 bulan aku makan. Tapi 1 yang aku ni x puas hati, jerawat still nak timbul, and bekas2 hitam tu xmau hilang. Haaaa ini la sebab nye aku cuba produk ADHA. Hope bole membantu. hehe. bukan ape, malas taw tiap kali nak g kelas kena touchup. Kang x pakai bedak selekeh pulak eh. hahaha

Orite, tu je nak cite. Pape nanti gua update lagi. tata~ =D



Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...