Semenjak berkecimpung dalam aktiviti menjual handbag kecil2-an ni tiba2 terasa nak update blog pasal handbag pulak.. hihi.. hmm bagi yg dah biasa beli handbag tu mesti faham kualiti handbag mengikut gred2 yang peniaga jual. Tapi bagi yang still tak faham jugak gred tu macam mana..meh sini aku nak share..
Pasni kalau nak shopping beg dah bole faham la ye.. bole la beli ikot citarasa..
Gred Handbags Mengikut Peratus :
Takda GRED
- Biasanya akan ditulis sebagai 'fashion bag' only. Dan senang sangat nak dapat kat mana2..
- Biasanya akan ditulis sebagai 'fashion bag' only. Dan senang sangat nak dapat kat mana2..
GRED A @ AA
- Gred rendah. Bukan bermakna x berkualiti. Cuma kurang berkualiti..
GRED 3AAA
- Gred bagus. 90%- 95% sama macam original. Biasa dijual RM160 ke atas untuk beg shj.. Quality memang terbaik.
SUPER A
- Gred 98% cam original. Market price RM200 - RM250 utk beg sahaja. Yang ni kualiti memang tiptop..
GRED 1:1
- 99.99% sama seperti original. Harga paling2 rendah RM500... fuhh~
Senang kan nak faham? Ada orang citarasanya nak beg yang sangat2 berkualiti.. bagi diorang beg berkualiti tahan lama sangat.. ya memang betol pon.. lagi berkualiti lagi tahan kita pakai mau 10 tahun pon masih boleh guna. Tapi.. ada jugak orang yang suka beg sederhana kualitinya.. yela kalau rosak bole beli beg baru.. tukar2 selera.. hahaha..
So citarasa anda yang mana?