Nuffnang ads

Tuesday, May 19, 2015

Cerita Kanak-kanak

Assalamualaikum..

story telling atau cerita dongeng kanak-kanak

Hai.. hari ni nak cakap pasal cerita kanak-kanak.. Korang masa kecik-kecik mesti selalu kan dengar cerita dongeng.. Macam-macam cerita ada kan contohnya 'Sang Kancil yang Cerdik', 'Gadis Penjual Susu', 'Pinochio', 'Jack and The Beanstalk', 'Humpty Dumpty' dan lain-lain.

Sebenarnya cerita kanak-kanak ini ada maksud yang tersendiri. Kebanyakkan kesemua cerita dongeng ini mempunyai moral cerita yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Contohnya dalam cerita Humpty Dumpty, pengajarannya ialah kita mestilah mendengar nasihat daripada orang lain untuk kebaikkan diri kita sendiri. Manakala dalam cerita Doctor Foster pula, pengajarannya ialah kita mestilah berhati-hati ke mana saja kita pergi untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 

Semua cerita-cerita ni takda lah panjang mana, pendek sangat. Selalunya kalau di luar negara di panggil bedtime story, tapi kalau di Malaysia ni pagi, petang, siang atau malam pon boleh kalau nak buka buku ceritakan. hihihi. 

Zaman sekarang dunia IT, buku macam sudah jarang dibuka budak-budak.. Zaman IT pon takde masalah, bila-bila pon boleh cari cerita dongeng di internet.. kan kan kan.. :D Yang pastinya kena lah bagi menarik sikit persembahan cerita tu..contohnya macam tambah banyak-banyak gambar ke, letak gambar bergerak ke.. haaa macam tu lah.. asalkan dapat tarik minat kanak-kanak.

Selain kat rumah, kat sekolah pon boleh je kalau cikgu nak 'take 5' cerita dongeng untuk murid-murid. Alaa 5 minit je pon.. budak-budak suka taw cerita-cerita macam ni.. Macam aku masa kat Universiti pon lecturer bagi kitorang rehat sambil dia pasang video cerita kelakar. hihihi.

So, harini entah kenapa tiba-tiba rasa nak share mengenai cerita dongeng.. aku pon edit lah cerita yang aku jumpa kat Mr. Google .. jom layan cerita Princess Rose and The Golden Bird kat SINI .

Kalau entry ni ramai datang, next entry nak buat cerita dongeng banyak-banyak sekali gus pulak.. hihi.


Selamat Membaca!


0 Orang komen:

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...