Nuffnang ads

Wednesday, April 22, 2015

Nuffnang


mari kenali nuffnang

Blog adalah laman web yang dikemas kini secara kerap oleh satu individu atau kumpulan kecik individu sama ada ditulis dalam gaya tidak formal atau perbualan, tentang pemerhatian, pendapat dan lain-lain. Harini nak cerita mengenai Nuffnang secara ringkas. Selamat membaca !

Pengiklanan blog
Pengiklanan blog secara asasnya ialah mempunyai iklan yang dipaparkan pada blog. Blog adalah medium utama pengiklanan dalam industri ini. (cam iklan kat TV, tp ni kat BLOG) Contoh iklan pada blog seperti sunsilk, ikea, digi dan lain-lain.

Glitterati
Glitterati bekerja sebagai program keahlian untuk Nuffnangers yang setia kepada Nuffnang.

Jenis unit iklan.
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan iaitu Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle


Anda tidak perlu mempunyai ketiga-tiga jenis iklan di blog anda untuk mendapatkan wang tetapi ia akan meningkatkan peluang perolehan lebih banyak  kerana apabila iklan lebih menonjol dan banyak, pengiklan lebih cenderung untuk mengiklan di blog anda.

Faktor-faktor yang memberi kesan kepada perolehan
Keahlian Glitterati dan juga trafik tapak adalah yang utama. Jadi, setia lah kepada Nuffnang, teruskan menulis di blog dan anda akan diberi ganjaran!

Cara menarik perhatian pengiklan
Anda boleh blog mengenai perkara yang anda minati seperti tempat-tempat menarik anda lawati, sesuatu yang unik, keadaan semasa yang sedang berlaku di dalam negara dan lain-lain.

Polls
Polls adalah untuk anda gunakan jika anda ingin mengetahui pengunjung anda dengan lebih baik. Ia juga akan membantu secara halus untuk pengiklan tahu pembaca anda dengan lebih baik supaya mereka boleh mengiklan dengan lebih berkesan di blog anda dalam jangka masa panjang.

ChurpChurp
Anda boleh menghubungkan akaun Nufnang dengan ChurpChurp anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada ikon ChurpChurp di atas papan pemuka (dashboard) Nuffnang anda dan ikut arahan yang disediakan dengan mudah.


Sekian.

0 Orang komen:

Post a Comment

Nuffnang ads

Below

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...